Tuesday, September 05, 2023

ZAHID BEBAS 47 PERTUDUHAN RASUAH- APA TINDAK BALAS PENGUNDI PRK PULAI & SIMPANG JERAM?

REAKSI masyarakat pada sesuatu perkara yang sepatutnya BETUL kemudiannya dinyatakan TIDAK boleh mengundang dua reaksi/tindakan bergantung bagai mana mereka melihat pada sesuatu keputusan.

Pembebasan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan rasuah membabitkan Yayasan Akalbudi, semacam two side of coin boleh memberi kesan positif juga negatif.

Pembebasan Zahid yang juga Presiden Umno menjelang hari mengundi 2 PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, di pihak PH-BN dianggap sebagai kelebihan terutama bagi parti Umno yang mendokong calon PH daripada parti Amanah di dua kawasan yang dipertandingkan.

Akan tetapi dipihak lain ada yang melihat bahawa kerajaan yang didokong Zahid, bertindak membersihkan pertuduhan-pertuduhan pada para pemimpin yang mendokong kerajaan.

Pembebasan Zahid yang digerakkan sendiri oleh pihak pendakwa raya, walaupun perbicaraan telah memakan masa 77 hari, pihak pendakwaan telah memanggil 99 saksi, pembelaan telah memanggil 15 saksi akhirnya pihak pendakwaan sendiri mendapati pertuduhan itu terburu-buru, cuai, pra-matang dan tidak lengkap.

Hakim yang memerintahkan tertuduh membela diri juga hakim yang DNAA kerana pendakwa raya menghentikan prosiding dan memohon tertuduh dibebaskan tetapi tidak dilepaskan sempat memberi pendapat sebelum menutup penghakiman, adalah merugikan masa dan kewangan, jika kes seperti ini tidak diteruskan sehingga keputusan muktamad dibuat oleh mahkamah.

Hakim yang sama juga memberi pendapat bahawa hak Peguam Negara untuk melaksanakan pendakwaan/pertuduhan dan kemudian menariknya tidak dipersoal, akan tetapi, adalah merugikan masa mahkamah dan kewangan negara, jika tiada penelitian mendalam sebelum sesuatu kes di bawa ke mahkamah.

Tindakan kurang teliti selain memberi kesan pada yang tertuduh, juga akan membangun persepsi bahawa agensi kerajaan dijadikan alat untuk tujuan politik bukan untuk Rule of Law.

Terpulang pada persepsi masing-masing menilai keputusan Jabatan Peguam Negara apa kah ianya memberi kelebihan pada kerajaan off the day atau sebaliknya.

Reaksi segera daripada parti DAP salah satu parti tunjang kerajaan Perpaduan Persekutuan, berpandangan Peguam Negara- Tan Sri Idris Harun (Tamat perkhidmatan sehari sebelum DNAA Datuk Seri Ahmad Zahid) wajar memberikan penjelasan terbuka susulan keputusan mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk melepaskan tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dihadapinya.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata penjelasan itu penting mengambil kira pandangan pelbagai pihak terhadap keputusan itu.

Menurut Loke, DAP mengambil maklum pandangan kritikal daripada pelbagai pihak dan orang ramai terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk melepaskan tanpa membebaskan 47 kes yang membabitkan Ahmad Zahid.

Selain itu, menurut Loke, DAP menghormati proses dan keputusan mahkamah, namun demi prinsip keadilan dan akauntabiliti, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun harus memberikan penjelasan terbuka faktor yang mendorong kepada keputusan berkenaan. Reaksi segera Loke itu dimuat naik pada laman FB beliau hari ini.

Loke juga berkata, pihaknya juga sedar permohonan DNAA yang dibuat pihak pendakwaan untuk menamatkan prosiding sementara membuat siasatan lebih terpeinci adalah budibicara Peguam Negara dan kemudiannya dipersetujui mahkamah.

Namun, tegasnya, penjelasan mengenai keputusan itu adalah penting untuk memastikan keyakinan orang ramai dan masyarakat antarabangsa terhadap sistem perundangan negara sentiasa terpelihara.

DAP juga menurut Loke, akan sentiasa menjunjung prinsip pengasingan kuasa di antara cabang kehakiman, eksekutif dan legislatif serta memastikan tidak ada campur tangan eksekutif dalam sebarang kes mahkamah.

Bagi pendangan penulis, sejauh mana rekasi rakyat terhadap DNAA Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh di lihat pada PRK Parlimen Pulai dan PRK DUN Simpang Jeram.

No comments:

Post a Comment