Monday, September 25, 2023

KERAJAAN SALUR RM175 JUTA PADA GLC TERPILIH MENANGANI KEMISKINAN

PENDEKATAN drastik Kerajaan Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji Haji Noor mewajibkan syarikat berkait kerajaan dan pelabur yang membuka perniagaan di Sabah mewajibkan memperkerjakan mereka yang termasuk keluarga terdaftar dalam eKasih bagi jawatan-jawatan perkeranian dan ke bawah, kerana kaedah ini adalah salah satu pendekatan untuk menangani kemiskinan di Sabah.

Kerajaan Negeri mempergunakan RM300 juta bayaran interim Persekutuan kepada Sabah, iaitu RM125 juta membina rumah rakyat, dan RM175 juta disalurkan pada GLC terpilih sebagai modal permulaan atau pusingan meningkatkan volume perniagaan yang berpontensi menghasilkan limpahan ekonomi dalam usaha membasmi kemiskinan.

Jumlah wang RM175juta bukannya sedikit. Jika digunakan sebaik mungkin boleh memberi kesan berganda, bukan sahaja boleh memberi limpahan kepada aktiviti ekonomi, akan tetapi boleh membuka banyak peluang pekerjaan untuk mendokong peningkatan pendapatan boleh guna bagi mereka yang diperkerjakan.

Para pengurus syarikat terpilih yang mendapat peruntukan itu perlu menunjukkan keupayaan mereka memanfaatkan suntikan dana ini, bukan sahaja membantu kerajaan mensifarkan kemiskinan, akan tetapi boleh meningkatkan bayaran dividen tahunan kepada negeri.

Tindakan kerajaan ini, sesuai dengan pendekatan, dalam usaha meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat, maka kerajaan perlu berbelanja.

Tahniah kepada Kerajaan GRS PLUS negeri Sabah kerana bertindak tepat dan berstrategi, kerana kaedah ini memilih mengajar memancing berbanding memberi ikan.

No comments:

Post a Comment