Thursday, September 07, 2023

INDIKASI YANG PERLU DILIHAT PADA KEPUTUSAN PENGUNDI PULAI & SIMPANG JERAM SABTU INI

PERTAMA apa kah pengundi kaum cina kekal dengan PH? dan kedua akan berlaku kah swing votes pengundi kaum melayu pada PN?

Jika pengundi cina kekal dengan PH, maka pelepasan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan rasuah, pecah amanah, pengubahan wang haram tidak memberi kesan.

Manakala jika pengundi kaum melayu swing pada PN, maka benar lah momentum gelombang melayu sudah sampai ke Selatan tanah air.

Apa kah undi kaum cina boleh memenangkan calon PH? jawapannya tidak, kerana walaupun berlaku tiga penjuru, calon yang ketiga bukan wakil sesebuah parti melainkan calon bebas. Dengan demikian perlawanan sebenar hanya lah antara PH dan PN. Demikian juga undi kaum melayu apa kah cukup memenang calon PN, juga jawapannya sama, tidak.

Parti yang menang perlu mendapat undi daripada semua kaum.

Pada calon PH jika benar kaum cina tidak terkesan dengan pelepasan Datuk Seri Ahmad Zahid sudah tentu lebih 90% mengundi PH.

Manakala pengundi melayu belum ada jaminan akan memberi undi pada blok mana, kecuali penyokong tegar masing-masing parti akan kekal menyokong.

Manakala pengundi melayu yang termasuk dalam kategori swing voters adalah kategori yang tergolong gelombang rakyat antara lain gelombang penyokong Umno dan PH yang merasa dikhianati oleh pemimpin masing-masing.

Ada yang kata di Parlimen Pulai, jika undi PH 10% swing ke PN dan 70% pengundi BN swing ke PN, calon PN berpotensi menang dengan majoriti tipis. Di Simpang Jeram pula, memadai 70% pengundi BN swing ke PN, calon PN juga boleh menang dengan majoriti tipis.

Pengundi BN swing setinggi 70% bukan mustahil kerana terbukti pada PRN2023 di enam buah negeri.

Pengundi BN menjadi swing voters bukan kerana isu Datuk Seri Ahmad Zahid, akan tetapi isu kerjasama antara UMNO dengan PH, kerana para penyokong Umno khususnya merasa dikhianati/dibohongi dengan dasar parti menjelang PRU15, No Anwar-No DAP- No Bersatu.

Walaupun tiga dasar serangakai itu, ada No Bersatu, kesan tidak beberapa pedih, kerana Umno pernah bersama Bersatu dalam kerajaan era Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub. Pada era dua Perdana Menteri itu, penyokong Umno terbela. Ertinya para penyokong Umno dalam kategori ini dapat menerima Bersatu berbanding PH. Dan telah dibuktikan menerusi PRN2023.

Pelepasan Zahid sebenarnya tidak begitu siginifikan pada penyokong Umno, kerana faktor yang dinilai bukan faktor Zahid melainkan keputusan Umno yang khianat pada dasar parti.

Pelepasan Zahid daripada 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram (AMLA) lebih berkesan pada agenda reformasi yang diperjuangkan Anwar mengenai TATAKELOA DAN TADBIR URUS, yang bermisikan MEMBENTERAS RASUAH DAN SALAHGUNAKUASA.

Jika penyokong PH merasa dikhianati akan tercermin pada keputusan mereka pada PRK Pulai dan Simpang Jeram, ke hala mana mereka memberikan undi. Jika mereka protes untuk menunjukkan ketidakpuashatian pada pemimpin PH, maka akan memberi undi pada PN, sebagai isyarat pada para pemimpin parti itu, dalam rangka mempersiapkan parti berhadapan PRU16.

Para pengundi/penyokong PH sedar, apapun keputusan PRK ini tidak mengubah status quo kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri.

No comments:

Post a Comment