Sunday, September 10, 2023

GRS MEMPERKEMAS PARTI SEBAGAI PERSIAPAN MENGHADAPI PRN17 SABAH

GABUNGAN RAKYAT SABAH (GRS) memperkemas parti termasuk mengadakan jelajah seluruh negeri untuk menerangkan pada rakyat Sabah visi dan perjuangan parti.

Para pemimpin GRS sedar, selain parti itu, parti seperti UMNO, Parti Warisan serta Perikatan Nasional (PN) menerusi Bersatu, juga mahu mendapat mandat rakyat Sabah PRN17.

Parti GRS secara langsung diuji pada PRU15 dan menang 6/13 (46.15%) daripada 25 kawasan parlimen Sabah. BN 7/13 (53.85%); PH 5/24 (20.83%); Warisan 3/25 (12%).

GRS dan BN hanya bertembung sesama sendiri di Parlimen Ranau pada PRU15, yang dimenangi calon GRS.

Kemenangan calon BN dan komponen parti GRS semasa PRN16 adalah hasil kerjasama dua blok parti itu, demikian juga pada PRU15.

Antara dua parti parti mana kah lebih mendapat sokongan antara dua blok parti itu belum diketahui secara jelas.

Akan tetapi jika dihubungkan dengan kecenderungan sokongan pada BN di Semenanjung, ternyata BN sedang berhadapan dengan sokongan yang semakin merosot, seperti mana dapat dilihat pada PRU15, PRN2023 enam negeri, dan pada PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 9 September 2023.

Oleh kerana BN belum pernah teruji secara solo di Sabah selepas hilang kuasa selepas PRU14, maka para pemimpin parti itu masih mempunyai keyakinan bahawa parti itu masih mempunyai sokongan, malah diantara pemimpin parti itu beranggapan kemenangan calon-calon GRS yang bertanding di kawasan tradisi UMNO, kemenangan disebabkan oleh sokongan undi daripada penyokong parti itu.

Di lain pihak pula walaupun BN-GRS bekerjasama gagal merampas beberapa kawasan yang dirampas Parti Warisan pada PRU14, kecuali Parlimen Kalabakan dan Papar dan Putatan serta Tawau daripada PH.

Jika pada PRN17 benar-benar berlaku pertembungan antara GRS dan BN, maka ianya kali pertama dua blok parti itu bertembung.

Pertembungan itu tidak dapat dielak memandangkan pendirian Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Bung Moktar Radin membuat kenyataan sebaik dibebaskan daripada tuduhan rasuah RM2.8 juta membabitkan pelaburan RM150 juta FELCRA pada Public Mutual, bahawa prioriti beliau adalah untuk memperkemas UMNO Sabah bagi menghadapi PRN17 Sabah untuk merampas kerajaan daripada GRS PLUS.

Sebelum ini pemimpin BERSATU Sabah juga menyatakan hasrat untuk merampas kerajaan negeri daripada penguasaan GRS PLUS.

Tidak jelas akan bagaimana UMNO Sabah merampas semula kerajaan negeri memandangkan parti itu sedang berhadapan dengan kemerosotan sokongan yang bermula pada PRU14.

Apa kah sokongan pada UMNO Sabah tidak mempunyai korelasi dengan menjunamnya sokongan pada parti itu di Semenanjung?

Penulis berpandangan, kemerosotan sokongan pada UMNO tidak terkecuali di Sabah, kerana parti itu tiada pemimpin figura yang boleh menarik sokongan rakyat, seperti mana era Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi mahupun era Datuk Seri Najib Razak.

Di Sabah pula tiadanya figura seperti Tan Sri Musa Aman, Datuk Seri Hajiji Haji Noor, Datuk Seri Masidi Manjun dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Figura penarik rakyat Sabah kini sudah menggunakan platform baharu untuk meneruskan perjuangan.

Rakyat Sabah kini memandang pada figura yang memimpin GRS, sementara figura yang bersama Parti Warisan kehilangan aura apabila terbukti selama 26 bulan sebagai ketua kerajaan tidak mempunyai keupayaan memerintah negeri, apabila pertumbuhan ekonomi negeri semakin menjunam, malah ke tahap negatif pertumbuhan.

Berbeza dengan figura yang bersama GRS, dalam tempoh tiga tahun berjaya memulihkan pertumbuhan ekonomi negeri sehingga pertumbuhan positif semula. Malah pada tahun 2022, perdagangan negeri mencapai rekod tertinggi sejak merdeka kepada RM118.1 bilion, kutipan hasil kepada RM7 bilion juga kutipan tertinggi pernah dicapai, selain pengukuhan rezab kewangan negeri. Selain itu untuk tempoh 3 tahun berjaya membawa RM33bilion pelaburan ke Sabah.

Kerajaan Sabah yang diterajui GRS selain telah merancang berbagai projek untuk memajukan dan membangun negeri menerusi hala tuju Sabah Maju Jaya, juga memberi perhatian pada pemimpin akar umbi apabila menaikkan elaun Ketua-Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, selain menaikkan elaun para pemimpin pembangunan masyarakat, pemaju masyarakat dan ketua kampong.

Kerajaan GRS Plus yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Haji Noor selain rancak mengatur berbagai strategi untuk menambah kutipan hasil negeri juga terus memastikan 40% kutipan bersih Persekutuan daripada Sabah dipulangkan kepada negeri.

Sabah seperti mana diakui YDP sempena Jelajah Kenali Borneo daripada 3-13 September yang bermula di Tawau, Sabah adalah negeri luas, memerlukan peruntukan besar untuk menaik taraf kemudahan asas keperluan rakyat, selain itu Sabah mempunyai potensi besar dalam perdagangan apabila Ibu Negara Indonesia secara rasmi berpindah di Nusantara, Kalimantan.

Untuk mendukung kemajuan dan pembangunan negeri yang luas ini, maka memerlukan kestabilan politik dan kerajaan yang berterusan.

Kemajuan dan pembangunan Sabah di masa lalu terbantut kerana kerapnya bertukar kerajaan. Seperti mana pengalaman Sabah apabila bertukar kerajaan pasca PRU14, pertumbuhan ekonomi yang rata-rata 8% setahun, menjunam sehingga negatif 9.2% hanya untuk tempoh 26 bulan.

Rakyat Sabah perlu bersyukur kerana mendapatkan kerajaan yang diterajui GRS, apabila hanya tempoh 3 tahun, perjalanan ekonomi semakin memulih dan membaik.

Sempena Jelajah GRS, khususnya Wanita GRS akan berkongsi dengan rakyat yang dilawati berkaitan pencapaian dan keupayaan GRS memimpin negeri.

No comments:

Post a Comment