Sunday, August 27, 2023

TINDAKAN RAYMOND AHUAR LAPOR SPRM ADUN NABAWAN SALAH GUNA KUASA BERMOTIF POLITIK

PERMOHONAN tanah kerajaan bukan lah luar biasa, kerana mana-mana individu/syarikat/kumpulan/badan amal boleh membuat permohoan pada tanah-tanah kerajaan yang tersedia.

Permohonan tanah berbagai kategori ada yang berupa NT, CL, Tol. Bagi kategori CL dan TOL, biasanya kerajaan memberi kelulusan untuk tujuan kutipan hasil. Tanah-tanah untuk tujuan kutipan hasil ini, adalah tanah-tanah bekas pembalakan yang ditinggalkan, dan tidak lagi menyumbang hasil pada kerajaan.

Apabila tanah-tanah “terbiar” ini dipohon dengan tujuan yang jelas seperti peladangan, peternakan, maka jika pemohon mempunyai merit maka kerajaan akan memberikan kelulusan.

Berkaitan permohonan tanah Koperasi Tatalan Nabawan Berhad berkeluasan 320 ekar di Kg Tataalan yang diwakili Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin, adalah permohonan “straight forward” seperti juga permohonan pemohon-pemohon lain, yang juga dipamerkan di premis Jabatan Tanah dan Ukur.

Jika laporan Raymond Ahuan ketua Cabang PKR Pensiangan kepada SPRM yang mengsyaki bahawa ADUN Nabawan salah guna kuasa, adalah satu tindakan mengarut, kerana salah guna kuasa apabila membabitkan seseorang itu mempunyai kuasa pada perkara yang dipohon. Abdul Ghani adalah rakyat biasa di mata Jabatan Tanah dan Ukur dan Kerajaan, seperti juga rakyat yang lain.

Ghani semasa sidang DUN Sabah yang lepas menjelaskan panjang lebar berkaitan kedudukan permohonan itu. Permohonan itu adalah permohonan berbentuk CL (Commercial lease) yang mempunyai tempoh tertentu, syarat-syarat tertentu.

Ghani dengan terang mengatakan bahawa beliau hanya sebagai wakil koperasi untuk membuat permohonan, kerana atas desakan/permintaan penduduk yang terlibat dalam koperasi itu sebagai “kekuatan” kerana penduduk bimbang “tidak boleh” bersiang dengan pemohon yang mewakili syarikat-syarikat besar yang mempunyai minat pada tanah yang sama.

Apa kah kerana kedudukan sebagai ADUN dimata penduduk yang memohon tanah tersebut sebagai kekuatan, maka ada unsur salah guna kuasa? Penulis yakin, SPRM sangat jelas dengan status ini, kerana ADUN atau wakil rakyat tiada locus standi dalam apa pun permohonan tanah di mata Jabatan Tanah dan Ukur, melainkan hanya faktor persaingan antara pemohon.

Tindakan Raymond Ahuar walaupun merupakan haknya membuat laporan pada SPRM, sepatutnya berfikir berkali-kali apa kah tindakan itu bermerit.

Oleh kerana tindakan Raymond itu bertujuan politik untuk memberi imej negatif pada Datuk Abdul Ghani kerana menjadi pesaing utama pemimpin politik di Parlimen Pensiangan/Nabawan.

Berpandukan pada dokumen-dokumen JTU serta Hansard DUN Sabah, permohonan tanah oleh Koperasi Tatalan Nabawan Berhad adalah permohonan biasa, seperti juga pemohon-pemohon lain.

Penulis yakin Raymond tersangat sedar, berkaitan permohon-pemohon tanah kerajaan yang melibatkan syarikat-syarikat yang juga berkeluasan ribuan ekar, mengapa kah Ketua Cabang PKR itu tidak membuat laporan pada SPRM?

Membuat laporan pada SPRM boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Pertanyaannya apa kah laporan itu mempunyai merit, atau membuang masa dan tenaga suruhanjaya itu.

Di negara ini, masih ada anggapan, apabila laporan dibuat pada SPRM maka mesti ada salah guna kuasa atau rasuah, sedangkan ada pihak tertentu menggunakan suruhanjaya itu sebagai gimik untuk mendapat keuntungankan politik.

Laporan hanya tinggal laporan, selagi tidak sampai ke mahkamah, maka tiada lah merit laporan itu, lagi pun tidak semestinya perkara ke mahkamah maka akan didapati bersalah.

Berkaitan isu permohonan tanah Koperasi Tatalan Nabawan Berhad jika berlaku lah SPRM bertindak, maka perlu juga bertindak pada pemohon-pemohon lain, agar kenampakkan adil.

Pada hakikatnya, Laporan SPRM oleh Raymod Ahuar memberi imej positif pada ADUN Nabawan itu, kerana menunjukkan kecekalan untuk membantu rakyat yang diwakili, bertindak maju ke hadapan untuk membela.

Koperasi Natalan Nabawan Bhd yang bercadang menjadikan tanah itu untuk menternak lembu, bukan sahaja usaha meningkatkan pendapatan peserta akan tetapi juga membantu bekalan daging dalam negeri, yang masih bergantung pada daging import.

Sepatutnya Raymond berbangga kerana di Nabawan ada ladang lembu yang besar, bukannya bertindak menghalang usaha itu, dengan membuat laporan SPRM agar permohonan tanah itu terbantut.

No comments:

Post a Comment