Thursday, August 24, 2023

SAYA BUKAN SALAH SEORANG 7 MP BN LETAK JAWATAN: SHAHELMEY

SEDAR TIDAK SEDAR, pemimpin Umno seperti Datuk Lokman Adam (MKT Umno) adalah satu faktor mengapa orang melayu menjauhi Umno.

Lokman adalah seseorang individu yang bertindak serba tahu, seseorang yang berlagak boleh membaca fikiran/pendirian/keputusan orang lain.

Dengan mencipta/merekayasa naratif/cerita/dakwaan yang seolah-olah cerita benar (walaupun jelas hanya cerita fiksi) akan tetapi dia sendiri percaya bahawa cerita yang direka-reka adalah betul/benar, dan memaksa orang lain juga mempercayai cerita-cerita demikian.

Cerita rekaan berkaitan 7 MP Barisan Nasional akan letak jawatan, 4 dariada Johor dan masing-masing seorang daripada Sabah, Pahang dan Perak, sedangkan dakwaan sedemkian tiada asas kebenarnya, atas sebab tiada tujuan konkrit.

Jika benar 7 MP BN letak jawatan bertujuan menumbangkan kerajaan Perpaduan, tentu sekali tidak dapat diterima, kerana sekalipun berlaku kerajaan masih ada sokongan 141/222. Jumlah minimum yang diperlukan untuk mengekalkan kerajaan ada lah 112/222.

Kerana Lokman mendakwa akan melibatkan seorang MP BN Sabah, dan kebetulan wakil rakyat digantung daripada Umno adalah Timbalan Ketua Menetri III Sabah- Datuk Ir shahelmey. 

Apabila MP Putatan itu ditanya berkaitan dakwaan Lokman itu, beliau menjawab- keutamaan beliau adalah untuk menyelesaikan isu air dan jalan raya di Sabah, tidak terpedaya langsung dengan naratif yang tidak memberi apa-apa keuntungan kepada rakyat dan negara.

Lokman sebenarnya sedar, jika berlaku mana-mana wakil rakyat letak jawatan, maka diperlukan PRK untuk memilih wakil rakyat baharu. Sedangkan PRK sepatutnya tidak perlu berlaku, kerana kejadian luar jangka, melainkan tindakan mempermainkan sistem demokrasi, rakyat, dan juga wang rakyat.

Ada lah tindakan tidak bijak, jika ada MP letak jawatan kerana suka-suka, tiada asas yang kukuh. Jika benar-benar berlaku, maka jika mereka yang letak jawatan itu bertanding semula, walaupun dengan platform yang lain, akan dihukum oleh rakyat/pengundi.

Untuk menumbangkan kerajaan separuh jalan pada masa ini, sudah mustahil dilakukan kerana adanya undang-undang anti lompat, selain komitmen dua blok yang menyokong kerajaan iaitu GPS dan GRS yang tidak boleh diragui, kerana tersangat jelas pendirian dua blok parti borneo ini adalah untuk menstabilkan kerajaan sehingga tamat penggal.

Mengingat komitmen GPS dan GRS, dan sebahagian besar MP Umno yang “align” dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, maka naratif Lokman Adam, hanya lah bentuk pemasaran murah yang hanya memenuhi content setiap siaran online.

No comments:

Post a Comment