Monday, August 28, 2023

RAYMOND AHUAR CARI PUBLISITI MURAHAN-MARUTIN ANSIUNG

KETUA Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Nabawan, Encik Marutin Ansiung (gambar) berkata, Raymond sengaja membangkitkan isu permohonan tanah oleh Koperasi Tatalan Nabawan Bhd seluas 320 ekar di Kg Tatalan Nabawan yang diwakilkan kepada Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin untuk mendapatkan perhatian umum berikutan sokongan akar umbi terhadap beliau sebagai Ketua Cabang PKR Pensiangan semakin merosot dan terhakis.

Apabila akar umbi menolak, membawa makna parti yang diwakili juga berdepan sokongan yang merosot.

Tidak masuk akal selain tidak berasas, akan bagaimana kah status ADUN boleh didakwa salah guna kuasa dalam soal permohonan tanah, sedangkan mana-mana pemohon di mata Jabatan Tanah dan Ukur atau Kerajaan adalah berstatus sama.

Kedudukan Datuk Abdul Ghani yang mewakili Koperasi untuk memohon tanah, hanya berstatus pesaing dengan pemohon lain yang berminat dengan tanah yang dimaksudkan.

Ahli-ahli koperasi merasa bimbang, mereka tidak mampu bersaing dengan pemohon-pemohon lain terutama syarikat-syarikat yang mempunyai modal, kerana tanah yang dipohon berstatus CL (Commercial Lease) yang perlu membayar sewa yang tinggi kepada kerajaan negeri.

Sebagai ADUN Nabawan, anak tempatan, akan menjadi kegagalan bagi beliau, jika penduduk yang ingin menambah pendapatan dengan mengusahakan ladang peternakkan lembu seperti mana rancangan Koperasi tidak tercapai, kerana tanah yang dipohon diberikan pada pemohon lain.

Sepatutnya, Raymond berbangga, kerana penduduk Kg Tatalan berjaya mengusahakan ladang lembu yang besar di Nabawan, bukannya menghalang usaha itu dengan membuat laporan kepada SPRM dengan tujuan proses permohonan itu terganggu dan terbantut.

Tindakan membuat laporan pada SPRM hanya lah proses gangguan, kerana telah menjadi kebiasaan apabila sesuatu permohonan dipertikai atau diganggu apa tah lagi melibatkan SPRM, maka suruhanjaya itu terpaksa membuat siasatan, dan tentunya siasatan memerlukan masa.

Marutin terpanggil untuk membuat kenyataan berkaitan tindakan Raymond, kerana sebagai penduduk tempatan di kawasan Nabawan, sangat maklum berkaitan Permohonan Koperasi Tatalan Nabawan Bhd, bukanya berunsur perorangan akan tetapi melibatkan ahli-ahli koperasi yang juga penduduk tempatan di kampung berkenaan.

Marutin mencadangkan Raymond untuk membaca hansard DUN Sabah berkaitan permohonan tanah tersebut.

Apabila sudah melibatkan DUN dan direkodkan dalam hansard, maka tidak timbul lagi sebarang isu SALAH GUNA KUASA, seperti mana dakwaan Ketua Cabang PKR Pensiangan itu semasa membuat laporan SPRM.

Tindakan Raymond hanya membangkitkan emosi rakyat terutama di Kg Tatalan, bahawa beliau sangat berminat agar penduduk yang menubuhkan koperasi tidak berpeluang meningkatkan pendapatan kerana usaha memohon tanah terbantut.

Raymond perlu sedar fungsi sebagai pemimpin ada lah membantu rakyat yang diwakili bukannya menghalang rakyat untuk maju.

No comments:

Post a Comment