Thursday, August 10, 2023

PRN 6 NEGERI: UMNO AYAM TAMBATAN GABUNGAN PERPADUAN

APABILA Umno bertanding 108 kerusi kawasan majoriti kaum melayu, maka jelas, parti itu dijadikan sebagai ayam tambatan bagi pihak Gabungan Perpaduan.

Umno yang kalah teruk pada PRU15, iaitu November tahun lalu tidak menjadi halangan bagi Parti Gabungan (19 parti termasuk daripada Blok Borneo) menjadikan parti itu bukan sahaja sebagai ayam tambatan akan tetapi penyerang barisan hadapan.

Umno bertanding kerusi 31/45 (Kelantan); 27/32 (Terengganu); 17/36 (Negeri Sembilan); 15/36 (Kedah) di negeri-negeri majoriti orang melayu, maka menang/kalah terletak dibahu parti itu.

Negeri Selangor walaupun juga negeri yang teramai orang melayu, akan tetapi PKR dan Amanah menjadi ayam tambatan bagi pihak Gabungan, manakala Umno hanya menjadi pelengkap apabila hanya bertindang 12/56.

Di Pulau Pinang, kerana negeri itu dianggap sebagai wilayah DAP, maka Umno hanya bertinding 6/40 hanya sebagai “token”.

Menerusi sejumlah kerusi yang ditandingi Umno, kemenangan Gabungan Perpaduan pada PRN 6 negeri ini, sangat tertakluk pada pencapaian parti itu.

Betul di Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, tanpa Umnopun, PH boleh menang, akan tetapi di 3 negeri lain, kemenangan Gabungan Perpaduan terletak di tangan Umno.

Pertanyaannya boleh kah Umno merealisasikan harapan Gabungan Perpaduan? Jawapannya jika berpandukan di atas kertas.maka boleh, kerana kesan penjajaran politik baharu pasca PRU15, dengan anggapan setiap undi PH dan Umno kekal dengan blok tersebut, kerana jumlah undi penggabungan dua parti itu lebih banyak berbanding undi PN, kecuali di Kelantan dan Terengganu.

Akan tetapi pilihan raya berkaitan manusia yang mempunyai citarasa sendiri. Apa kah citarasa itu akan condong ke parti Umno? Sedangkan pesona parti itu menuju kemalapan seperti mana diperlihatkan pada PRU15.

Pada kelazimannya apabila rakyat membuat keputusan menolak sesebuah parti, ianya memerlukan masa yang lama untuk mengembalikan sokongan.

Telah terbukti pada PRU tahun 2008, apabila rakyat Selangor dan Pulau Pinang menolak BN, maka sehingga lah parti itu hilang kuasa tidak lagi dapat mengembalikan sokongan di dua negeri tersebut. Demikian juga di Kelantan selepas hilang kuasa pada tahun 1990, parti itu belum lagi dapat mengembalikan sokongan.

Jika merujuk apa yang pernah berlaku pada Selangor dan Pulau Pinang serta Kelantan, penulis tidak nampak, bagai mana kah dalam tempoh masa kurang setahun, selepas ditolak pengundi yang sama, maka pada kali ini, pengundi yang sama juga membuat pusingan U.

Bagi penulis, kebarangkalian yang berlaku kesan kerjasama PH/BN, kedua belah pihak bukan sahaja menerima penolakan daripada pengundi melayu akan tetapi juga yang bukan. Jika ini berlaku, maka akan memudaratkan calon-calon parti itu, terutama di kawasan kaum melayu.

Apapun, analisa/pandangan, tiada yang tepat, melainkan, semua bergantung pada 9.7 juta pengundi di 6 buah negeri pada Sabtu-12 Ogos ini.

Apa pun keputusan pengundi, maka, semua pihak perlu berlapang dada dan perlu akur.

No comments:

Post a Comment