Wednesday, August 09, 2023

PERUNTUKAN ADUN & SENTUHAN KASIH

TAHUN 2023 peruntukan setiap ADUN/wakil rakyat penyokong kerajaan adalah RM3juta, dengan pencahan RM2.5juta untuk projek-projek infrastruktur kecil di kawasan masing-masing dan RM500 juta sentuhan kasih yang tertakluk pada siapa yang dipilih oleh ADUN/wakil rakyat.

Walaupun peruntukan secara rasmi diberikan pada ADUN/wakil rakyat penyokong kerajaan, akan tetapi di kawasan-kawasan yang diwakili ADUN/wakil rakyat pembangkang, penulis yakin kerajaan juga menyalurkan peruntukan menerusi Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) tetapi mungkin terhad pada projek-projek infrastruktur kecil tanpa sentuhan kasih.

Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab pada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik, memang wajar menyalurkan peruntukan seumpama ini, demi kemudahan rakyat.

Penulis yakin, setiap daerah menerusi Pegawai Daerah mempunyai pelan pembangunan di kawasan masing-masing, dan mengenal pasti infrastruktur yang perlu dinaik taraf atau disediakan.

Untuk tujuan menaik taraf atau membina yang baharu kemudahan-kemudahan rakyat, selain bersumber daripada peruntukan ADUN juga boleh menerusi kementerian-kementerian, atau menerusi peruntukan khas kementerian Kewangan ataupun Jabatan Ketua Menteri.

Projek-projek kecil daerah walaupun sebahagian besar mendapat pembiayaan daripada kerajaan, akan tetapi juga tidak sedikit syarikat-syarikat berkaitan kerajaan turut sama membantu menerusi Corporate social responsibility (CSR).

Startegi kerajaan membantu rakyat memberikan peruntukan besar pada setiap ADUN/Wakil Rakyat, kerana mereka ini lebih mengetahui akan keperluan mendesak di kawasan masing-masing.

Kerajaan sedar menerusi projek-projek kecil seperti menaik taraf jalan-jalan pertanian, kampung, akan memudahkan pergerakaan penduduk/rakyat, bukan sahaja untuk pegerakan harian, juga untuk memudahkan pengangkutan produk-produk pertanian/kebun dan sebagainya.

Apabila ADUN/wakil rakyat bukan penyokong kerajaan membangkitkan berkaitan peruntukan sedemikian, seolah-olah menggambarkan bahawa kawasan yang mereka wakili terlepas daripada projek-projek kecil seumpama ini, sebenarnya tidak lah demikian. Projek-projek kecil yang diperlukan rakyat setempat terus dilaksanakan, samada menerusi pegawai daerah yang mendapat perakuan daripada UPPM setempat.

Kepada rakyat Sabah umumnya, kerajaan off the day tidak memilih latar belakang rakyat atau kawasan dalam soal kemajuan dan pembangunan, bezanya dalam rangka pelaksanaan, di kawasan yang diwakili kerajaan, maka menerusi wakil-wakil rakyat kerajaan, yang bukan menerusi UPPM dan mungkin jika ahli parlimen kawasan itu adalah wakil rakyat kerajaan, maka menerusi ahli parlimen tersebut.

No comments:

Post a Comment