Thursday, August 03, 2023

PELABURAN RM1 BILION BINA LOJI BERSEPADU KLINKER DAN SIMEN PINANGAH, TONGOD

KERJASAMA pelabur swasta dengan agensi kerajaan negeri SEDCO (Sabah Economic Development Corporation) menerusi penubuhan syarikat baharu Borneo Cement (Sabah) Sdn Bhd akan membina Loji Bersepadu Simen dan Klinker yang melibatkan pelaburan RM1bilion dan dijangka boleh beroperasi dalam jangka masa dua tahun.

Apabila beroperasi, loji itu dijangka dapat mengeluarkan 5 ribu tan klinker  setahun bersamaan 1.75 tan simen.

Apa yang paling menarik, dengan adanya pembinaan loji itu adalah membuka peluang 1000 pekerjaan pada masyarakat setempat.

Pada Persidangan DUN Sabah yang lalu, ADUN Kuamut- Datuk Masiung Banah menerangkan kapada ahli-ahli dewan betapa berpontesinya Kg Pinangah dalam pengeluran simen, kerana terdapatnya bukit kapur di kawasan tanah terbiar,kerana kawasan tersebut semacam “no man area” kerana sifat semulajadinya yang tidak subur untuk maksud pertanian/peladangan.

Selain pertimbangan pada potensi ekonomi tersebut, sebagai usaha kerajaan menaik taraf Tongod yang tersenarai sebagai salah satu daerah miskin di Sabah, maka aktiviti ekonomi perlu diwujudkan.

Menerusi pengwujudan aktiviti ekonomi, maka akan memberi kesan pada kemajuan dan pembanguan masyarkat setempat, kerana tentunya jalan-jalan perhubungan, pemasangan elektrik, selain penyediaan bekal air bersih diperlukan untuk mendokong operasi berkaitan industri tersebut.

Tindakan kerajaan negeri yang responsif membawa aktiviti ekonomi di kawasan-kawasan yang kurang maju seperti pembinan Loji Simen & Klinker ini, adalah salah satu strategi kerajaan Sabah Maju Jaya yang diterajui Datuk Seri Hajiji Haji Noor sebagai upaya pemerataan kemajuan dan pembangunan bagi negeri.

Strategi mengalih pusat-pusat aktiviti ekonomi daripada pantai barat negeri ke arah tengah dan timur dan kemudian ke arah selatan/baratdaya, ada lah strategi jangka panjang SMJ untuk mencapai pemerataan kemajuan dan pembangunan. Apabila pemarataan kemajuan dan pembangunan terwujud, suatu hari nanti, akan berkembangnya sistem pengangkutan moden untuk menghubungkan kawasan-kawasan baharu ini.

Kemajuan dan pembangunan sesebuah negeri sangat bergantung pada perancangan dan matlamat, samada jangka pandek mahupun jangka panjang. Penulis melihat kerajaan hari ini, mempunyai iltizam ke arah itu.Makna, apabila semua itu “in place” maka dengan sendirinya rakyat Sabah mendapat hasil dan nikmatnya.

Tahniah pada kerajaan GRS- Sabah Maju Jaya- kerana mempunyai VISI YANG JELAS DAN NYATA.

No comments:

Post a Comment