Wednesday, August 23, 2023

ISU AMBANG BATAS LAUT (AMBALAT) ANTARA SABAH-INDONESIA

BATAS PELANTAR BENUA dan Zon Ekonomi Eksklusif perlu dimengerti oleh rakyat perbezaannya, sebelum terpengaruh isu Ambang Batas Laut (Ambalat) antara Sabah-Indonesia.

Batas pelantar benua, boleh mencapai sehingga 200 batu daripada batas pantai sesebuah negara, manakala ZEE adalah kawasan laut di atas batas pelantar benua.

Apabila kerajaan mengatakan bahawa triti kawasan laut yang ditandatangani antara PMX dan Jokowi tidak termasuk kawasan ZEE, dengan sendiri bererti tidak termasuk batas pelantar benua.

Diakui isu ambang batas laut (ambalat) antara Sabah-Indonesia sangat unik yang memerlukan iltizam antara dua negara untuk menyelesaikannya.

Melihat peta/sempadan/perbatasan antara Sabah-wilayah Indonesia, secara automatik timbul pertembungan tuntutan yang bertindih, jika dikaitkan dengan isu batas pelantar benua atau ZEE.

Atas sebab keunikkan kedudukan ini, maka hanya iltizam politik/hubungan antara dua negara sahaja yang boleh menyelesaikan/merungkai.

Tanpa iltizam/kesungguhan, jika antara dua pihak tidak mencapai kesepakatan, isu unik ini akan menjadi konflik. Konflik boleh bertukar menjadi seperti isu Kashmir antara India dan Pakistan yang telah berlangsung berdekad lamanya.

Di Sabah seorang ADUN Parti Warisan iaitu ADUN Tungku telah menggunakan imuniti Dewan Undangan Negeri, untuk membuat dakwaan, bahawa Malaysia telah menyerahkan AMBALAT pada Indonesia.

Walaupun dakwaan ini tidak benar, akan tetapi membawa maksud menghasut atau membangun kebencian pada kerajaan Persekutuan.

Maksud dakwaan ADUN Parti Warisan itu, agar rakyat Sabah bertindak untuk menolak kerajaan GRS seperti mana rakyat Sabah menolak Kerajaan Berjaya pada tahun 1985 kerana isu Pulau Labuan.

Menolak kerajaan GRS atas sebab, Ketua Menteri atau wakil daripada kerajaan GRS adalah sebahagian daripada pemimpin yang terlibat semasa triti kawasan laut yang ditandatangai antara PMX dan Jokowi.

Assaffal @Samsul Kamal bin P.Alian cuba mempengaruhi rakyat Sabah khususnya di kawasan-kawasan pantai timur dan tenggara negeri untuk menolak kerajaan GRS kerana bersetuju menyerahkan AMBALAT pada Indonesia.

Walaupun dakwaan ADUN Tungku itu bersifat politik, akan tetapi tidak boleh dilakukan kerana membabitkan kedaulatan negara, yang membawa erti bahawa pemimpin negara bulat-bulat menyerahkan kedaulatan negara pada negara lain.

Penulis sedar bahawa pemimpin parti Warisan ketandusan isu menyerang kerajaan GRS yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Haji Noor, kerana rakyat melihat perbezaan yang amat ketara antara kerajaan yang diterajui Parti Warisan dalam tempoh 26 bulan, perekonomian Sabah hampir lumpuh, sehinggakan pertumbuhan ekonomi negatif 9.2% pada tahun 2020.

Kerana ketandusan isu, maka pemimpin parti itu cuba mengalih pandang mata rakyat pada sesuatu yang isu yang bersifat segar yang mana kebanyakkan rakyat tidak mengetahui pokok pangkalnya.

Seperti mana isu Pulau Labuan pada tahun 1984, kerana isu sangat segar, dan rakyat secara umum tidak mengetahui pokok pangkalnya, maka rakyat terpengaruh, lalu menumbangkan parti yang menerajui kerajaan.

Pemimpin Parti Warisan cuba mencontohi apa yang berlaku berkaitan Pulau Labuan untuk dijadikan modal politik, akan tetapi sayang, oleh kerana perbezaan masa dan situasi, yang mana pada masa ini dengan cepat penjelasan/penerangan berkaitan sesuatu isu dapat diberikan pada rakyat, maka taktik menggunakan sesuatu isu segar yang berunsur fitnah/pembohongan tidak akan mencapai tujuan/matlamat, sebaliknya akan memakan diri sendiri.

Sewajarnya dalam era rakyat celik maklumat, tiada lagi pendekatan berunsur pembohongan/fitnah dipilih oleh pemimpin politik untuk menarik sokongan rakyat, sebaliknya, cadanglah sesuatu yang mempunyai kebolehlaksanaan tinggi, yang boleh dihadam rakyat, logik dan boleh dijangkau, boleh menjadi kenyataan, bukannya berkaitan isu-isu fitnah yang tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada rakyat.

No comments:

Post a Comment