Tuesday, August 08, 2023

ISU AIR SABAH: KERAJAAN NEGERI TERPAKSA GUNA DANA SENDIRI TERLEBIH DAHULU

SIDANG Dewan Undangan Negeri Sabah (DUNS) pada Selesa diberi tahu, bahawa peruntukan Persekutuan yang berjumlah RM320 juta yang diumumkan sendiri oleh Menteri Kewangan Malaysia pada Jun 2023 sehingga kini belum disalurkan kepada kerajaan negeri.

Menteri Kerja Raya Negeri- Datuk Ir Shahelmey Yahya memberi tahu demikian semasa menjawab soalan daripada ADUN dilantik- Datuk Yong Teck Lee.

Isu air, menjadi perhatian beberapa ADUN, termasuk daripada ADUN Senallang- Datuk Shafie Apdal.

Oleh kerana isu air Sabah sangat kritikal maka kerajaan negeri terpaksa menggunakan kewangan negeri dahulu sementara menunggu penyaluran pinjaman lunak daripada Kerajaan Persekutuan.

Untuk menggunapakai Kumpulan Wang Disatukan (consilidated Fund), maka perlu pembentangan bekalan tambahan yang berjumlah RM833.962 juta, didalamnya terdapatnya peruntukan untuk tujuan penyelesaian bekalan air negeri yang berjumlah RM139.9juta.

Peruntukkan sebanyak RM320 juta adalah untuk membiayai 20 projek berkaitan air yang saling berkait untuk mengatasi bekalan air dalam jangka pendek.

Isu kemudahan asas bagi Sabah bukan sahaja terhad pada bekalan air, akan tetapi juga bekalan elektrik, jalan-jalan luar bandar, dan juga sesuai dengan zaman, isu internet.

Kemudahan asas bukan sahaja untuk memenuhi keperluan harian rakyat Sabah, akan tetapi juga boleh menjadi pemudah cara kepada aktiviti ekonomi, kerana ianya berkait rapat dengan kelengkapan infrastruktur yang diambil kira, khususnya dalam sektor pembangunan hartanah dan perindustrian.

Sabah bernasib baik kerana mempunyai simpanan kewangan yang mencukupi yang dikumpul menerusi kumpulan Wang yang Disatukan yang boleh digunakan setiap masa jika diperlukan, seperti mana isu pembiayaan isu bekalan air bersih Sabah.

Sekiranya ketiadaan dana hasil kutipan yang mencukupi, maknanya, peruntukan yang diperlukan segera tidak dapat ditampung, pada gilirannya akan memberi kesan pada kehidupan rakyat.

Pada hakikatnya, dalam sistem bernegara, isu-isu yang berkaitan kemudahan asas adalah tanggungjawab negara, sama seperti berkaitan keselamatan, pendidikan, kesihatan, manakala negeri hanya komplimen mana yang perlu. Akan tetapi, dalam isu air, ianya salah satu sumber hasil, maka kerajaan negeri mengekalkannya sebagai milik negeri.

No comments:

Post a Comment