Thursday, July 13, 2023

TANYA SHAFIE MENGAPA TIDAK BANTAH GERAN KHAS RM53.4 JUTA?

APABILA Menteri Kewangan Lim Guan Eng membentangkan Bajet bagi tahun 2020, yang mengandungi Bayaran Geran Khas untuk Sabah daripada RM26.7 juta kepada RM53.4 juta dan meningkat sehingga RM106.8 juta dalam tempoh 5 tahun, mengapa Datuk Seri Shafie Apdal dan MP Parti Warisan tidak membantah dengan membangkitkan 40% hasil bersih Persekutuan daripada Sabah? malah menyokong, termasuk semasa Shafie membentangkan Bajet Negeri Sabah bagi tahun yang sama membutirkan bayaran khas tersebut dalam Bajet negeri, dan mengucapkan terima kasih pada Kerajaan Persekutuan.

Apabila kerajaan Sabah berganti, jumlah geran khas itu walaupun tidak dibentangkan pada mana-mana Bajet Persekutuan, akan tetapi Kerajaan Persekutuan bersetuju dinaikkan kepada RM125.6 juta bagi tahun 2022, lebih tinggi berbanding formula yang dipersetujui Kerajaan Parti Warisan, hanya berjumlah RM80.1 juta berasaskan formula yang dibentangkan menerusi Bajet Tahun 2020.

Apa yang menguntungkan Kerajaan Sabah di bawah kerajaan GRS pimpinan Datuk Seri Hajiji Haji Noor, pertujuan bayaran Geran Khas itu adalah berbentuk pendahuluan dengan jumlah yang terus bertambah sehingga tahun 2026, sementara memuktamadkan formula pengiraan berkaitan 40% hasil bersih Persekutuan daripada Sabah di bawah Artikel 112D Perlembagaan Negara.

Persetujuan Kerajaan Negeri dan Kerjaan Persekutuan dibuat menerusi persetujuan bertulis, untuk memastikan tidak timbul keraguan/perubahan di kemudian hari.

Berbeza dengan pendirian Kerajaan Sabah era Shafie, yang akur dengan formula yang dibentangkan Kerajaan Persekutuan.

Apa yang pelik, selepas Kerajaan Warisan tumbang, seolah-olah menjadi pejuang pada bayaran 40% hasil bersih Persekutuan daripada Sabah, termasuk mendakwa, bahawa persetujuan Kerajaan Sabah dengan menerima bayaran pendahuluan sebesar RM125.6 (peningkatan 4.7 kali) sebagai pengkhianatan pada rakyat Sabah. Oleh kerana muncul dakwaan pengkhianatan, maka Menteri Hal Ehwal Sabah & Sarawak- Dato Amirzan Mohd Ali secara sinis menggambarkan, pemimpin yang bertepuk tangan menerima RM53.4 juta adalah BAPA PENGKHIANAT.

Isu bayaran pendahuluan kerajaan Persekutuan berkaitan hasil bersih 40% nampaknya dijadikan senjata politik oleh pemimpin Parti Warisan, apabila salah seorang ADUN parti itu, iaitu ADUN Tungku- Assaffal@ Samsul Kamal bin P. Alian mempersoalkan persetujuan kerajaan negeri berkaitan bayaran pendahuluan.

Sehubungan dengan kenyataan ADUN Tungku, Ketua Penerangan PGRS- Datuk Nizam Abu Bakar Titingan pada 13 Julai membuat hibahan media, dengan menjelaskan, bahawa dakwaan wakil rakyat Parti Warisan itu adalah cubaan mengelirukan rakyat, sedangkan daripada awal-awal lagi sebaik Persetujuan antara Ketua Menteri dan Perdana Menteri pada April 2022 diumumkan, bayaran geran khas yang berbentuk pendahuluan hanya untuk tempoh sehingga Tahun 2026, sementara menunggu formula muktamad berkaitan tuntutan 40%.

Para pemimpin Parti Warisan termasuk wakil-wakil rakyat parti itu, jangan bimbang, kerana kerajaan GRS sedang berkerja bagaikan diam ubi berisi, bukan seperti pemimpin parti warisan seperti tin kosong, dan pasti apabila sampai waktunya, tututan 40% itu akan diperolehi Sabah.

Selagi Kerajaan Sabah diterajui GRS, yakin lah, isu 40% akan selesai ONCE FOR ALL.

No comments:

Post a Comment