Saturday, July 01, 2023

KOS SARA HIDUP- ISU SEMENTARA

KESAN pandemik Covid-19, adalah peningkatan kos sara hidup.

Memang kerajaan berusaha berbagai cara untuk membantu rakyat berhadapan kesan pandemik itu, malangnya belum berjaya, kerana harga barangan keperluan harian terus menanjak naik, penyebab utama kenaikkan kos sara hidup.

Hanya mungkin rakyat yang berada dalam kategori T20, tidak terkesan sangat dengan peningkatan kos sara hidup, manakala 80% (M40 dan B40) terkesan.

Oleh kerana kos sara hidup kekal menghantui sebahagian besar rakyat, maka Perikatan Nasional (PN) menggunakannya sebagai isu kempen sempena PRN 6 negeri.

Sejauh mana reaksi rakyat di enam negeri yang berhadapan dengan pilihan raya sedikit masa lagi atau setidak-tidaknya pada Ogos ini, kerana ianya mencerminkan manifestasi rakyat negara ini secara umum.

Jika lah “produk” kos sara hidup mempengaruhi rakyat di 6 negeri untuk diterjemahkan dipeti undi, maka menunjukkan ianya satu refrendum kepada kerajaan Perpaduan untuk berkerja lebih keras lagi melakar berbagai strategi untuk menanganinya.

Kerajaan Persekutuan tidak perlu bimbang jikapun rakyat di 6 negeri memberi undi pada parti lawan, kerana isu kos sara hidup, sebaliknya, ianya satu peluang keemasan, kerana secara jelas mengetahui apa kemahuan rakyat.

Menyelesaikan kemahuan rakyat, maka peluang cerah untuk mendapatkan sokongan pada PRU16.

Jika rakyat di 6 negeri membuat keputusan berkaitan kos sara hidup, maka membolehkan kerajaan di negeri-negeri lain menjadikannya sebagai agenda utama, sebelum berhadapan dengan rakyat pada pilihan raya peringkat negeri.

Selepas PRN 6 negeri, negeri pertama yang bakal mengadakan pilihan raya ada lah Sabah, diikuti Sarawak, kemudiannya Melaka dan Johor.

Pandangan penulis, jika isu kos sara hidup mendasari keputusan rakyat pada PRN 6 negeri, ianya isu sementara, kerana kerajaan off day boleh merungkainya. Apa yang membimbangkan, jika keputusan rakyat di PRN 6 negeri dipandu sentimen agama dan bangsa, kerana tidak mudah mengubahnya.

No comments:

Post a Comment