Tuesday, July 04, 2023

KECENDERUNGAN PENGGABUNGAN PARTI-PARTI

APABILA diapungkan ada kemungkinan dua parti KDMR bergabung, iaitu STAR dan PBS, maka cadangan itu mendapat sambutan kedua-dua pemimpin parti itu.

Merealisasikan pengabungan hanya berhadapan teknikal, seperti simbol/logo yang digunakan, selain struktur kepimpinan, yakni siapa yang menjadi Presiden atau apa sahaja nama yang digunakan untuk mencerminkan ketua parti.

Matlamat pengabungan dua parti berasaskan KDMR itu, adalah untuk menghimpun sokongan daripada KDMR bukan sahaja di kawasan majoriti kaum itu akan tetapi di kawasan-kawasan lain, agar menjadi satu suara yang kuat.

Sabah yang mempunyai 73 kawasan DUN, 24 kawasan adalah kawasan majoriti KDMR, 40 kawasan bumiputera islam dan 9 kawasan majoriti kaum cina.

Oleh kerana PBS dan STAR adalah komponen GRS, maka pengabungan dua parti itu, boleh menjadikan dua parti itu bakal muncul sebagai salah satu parti terbesar dalam gabungan, jika mungkin dilihat daripada jumlah kerusi yang dimenangi.

Parti-parti KDMR dalam GRS walaupun perlu bersaing dengan UPKO dan PBRS, tetapi tidak sehebat saingan pada PGRS yang datangnya daripada Umno dan Warisan.

Melihat senario politik Sabah sejak akhir-akhir ini, “merger” antara STAR dan PBS boleh menguasai sebahagian besar DUN KDMR bagi pihak GRS.

Jika diteliti secara luaran pengabungan parti-parti dalam gabungan parti-parti, adalah untuk memerkukuh gabungan induk, tetapi dalam erti tersirat, gabungan baharu itu bermatlamat sebagai parti dominan dalam gabungan.

Politik Sabah apabila dihubungkan dengan jawatan-jawatan baik dalam kerajaan ataupun syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, sudah menjadi praktis sejak sekian lama, mana-mana parti dominan, akan juga mendominasi kerajaan, GLC atau jawatan-jawatan berkaitan politik.

Terlihat bagai mana penyusunan kabinet negeri, yang tertumpu di kawasan yang dimenangi parti-parti dalam gabungan, sehinggakan satu zon di wakili beberapa menteri, manakala zon lain hanya pembantu menteri.

Afdalnya, setiap Zon setidak-tidaknya diwakili seorang menteri, atas sebab,hanya menteri sahaja terlibat dalam mesyuarat kabinet, manakala pembantu menteri hanya terlibat pada post cabinet meeting, untuk kementerian di mana pembantu menteri itu sebagai pembantu menteri.

Oleh kerana kesan kemenangan kerusi semasa pilihan raya, sesebuah zon, majoriti kerusi dimenangi parti lawan/bukan kerajaan, maka menyebabkan sesebuah zon itu tidak mendapat kuota menteri, kerana setiap parti menginginkan wakil rakyat parti menganggotai jemaah menteri, tanpa mengambilkira, apa kah mewakili zon yang sama, yang penting, kerusi yang disumbangkan penting dalam penubuhan kerajaan.

Betul perlantikan anggota jemaah menteri adalah prerogatif Ketua Menteri, akan tetapi sangat bergantung pada parti yang menyokong, sehinggakan Ketua Menteri terpaksa mengorbankan wakil rakyat daripada parti sendiri, sebagai imbalan sokongan untuk mencapai keadaan menang-menang demi kestabilan kerajaan.

Penulis tidak mengeritik komposisi kabinet negeri,kerana mereka yang dilantik mempunyai merit tersendiri, tetapi penulis melihat perwakilan secara menyeluruh, memandangkan setiap zon atau kawasan memerlukan perkhidmatan seorang anggota kabinet atau menteri.

Mungkin di masa akan datang, akan berlaku komposisi kabinet negeri yang tersebar di semua zon/kawasan, agar kesimbangan pembangunan dan kemajuan lebih kelihatan adil. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Post a Comment