Saturday, July 29, 2023

ISU-ISU MENARIK PRN 6 NEGERI

ANTARA isu-isu menarik pada PRN 6 negeri, selain protes pada calon-calon, juga terdapatnya penyandang yang tidak dicalonkan semula turut bertanding sebagai calon bebas.

Secara umumnya, baik blok PH/BN dan PN, rata-rata calon daripada masing-masing blok secara umum diterima.

Sempena PRN 6 negeri tiada isu baharu samada daripada mana-mana blok, melainkan isu-isu berkisar pada kehidupan harian rakyat, selain isu “dendam” yang masih dijadikan isu oleh PH berkaitan Langkah Sheraton, dengan memesan pada jentera parti untuk memastikan kekalahan mereka yang terlibat dengan langkah itu.

Pada PRU15, beberapa pemimpin yang terlibat dengan Langkah Sheraton telah berjaya dikalahkan, dan ada diantara mereka itu mencuba untuk kali ke-2 pada PRN kali ini.

Di blok PH/BN menjadikan kestabilan politik meminta rakyat di 6 negeri menyokong kerajaan negeri yang sehaluan dengan kerajaan Persekutuan. Manakala di blok PN, mahukan di 6 negeri sebagai semak dan imbang kepada kerajaan Persekutuan untuk menyokong parti itu.

Kehadiran Pengerusi GRS- Datuk Seri Hajiji Haji Noor dan Pengerusi GPS- Tan Sri Abang Juhari Tun Abang Openg pada pusat penamaan calon untuk menunjukkan sokongan pada calon-calon PH/BN untuk memberi isyarat pada pengundi, bahawa kestabilan politik diperlukan dalam negara.

Enam negeri selain mempunyai 245 DUN juga 80 kawasan parlimen. Keputusan PRU-15, 45 parlimen dimenangi Blok PN manakala 35 Blok PH/BN.

Di pihak PH/BN, Umno diberikan kerusi terbanyak iaitu 108, diikuti PKR 58, DAP 48 dan Amanah 31. Di pihak PN, Pas bertanding kerusi terbanyak dengan 126, diikuti Bersatu 84 dan Gerakan 35.

Melihat komposisi atau jumlah kerusi yang ditandingi parti berasaskan kaum, nampaknya, pada PRN 6 negeri, rebutan utama adalah pengundi melayu/islam.

Terlalu awal untuk meramalkan keputusan, walaupun di atas kertas, keputusan PRN kali ini akan mengekalkan status quo, iaitu, negeri yang diperintah masing-masing blok akan kekal.

Mengapa keputusan masih kelabu, atas sebab status Kedah dan Terengganu yang merupakan “swing states”, yakni keputusan PRU lalu tidak semestinya berulang.

Pada PRN kali ini, agak berbeza, kerana pada PRU lalu, Selangor dan Pulau Pinang diterajui kerajaan yang membangkang kerajaan Persekutuan, manakala kali ini, sebahagian daripada kerajaan Persekutuan. Jika menurut logik, semasa menjadi pembangkang pun parti yang memerintah boleh menang super majoriti, ini kan pula sudah menjadi sebahagian kerajaan Pusat.

Apa pun, sama-sama nantikan 12 Ogos ini, apa keputusan lebih 9 juta pengundi di enam negeri.

No comments:

Post a Comment