Sunday, June 25, 2023

KERAJAAN CAMPURAN- TIADA PARTI YANG MENUMPANG

DALAM mana-mana kerajaan campuran, tiada istilah menumpang, melainkan besar-kecil sesebuah parti sama penting.

Parti-parti yang bekerjasama, ertinya saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Tiada mana-mana parti yang lebih unggul, walaupun parti itu mempunyai kerusi terbanyak.

Dalam demokrasi negara kita, mana-mana parti yang tidak mempunyai kerusi melebihi 50% jumlah kerusi yang dipertandingkan, sama juga nilainya berbanding parti yang mempunyai jumlah kerusi yang sedikit, kerana, sama-sama tidak boleh membentuk kerajaan.

Apabila ada pemimpin parti lain yang bukan sebahagian kerajaan campuran mendakwa, bahawa parti ini, parti itu adalah penumpang dalam kerajaan campuran (di Malaysia disebut kerajaan Perpaduan) sebenarnya hanya provokasi pada parti itu.

Dalam kerajaan campuran (Kerajaan Perpaduan)-Umno menjadi sasaran pemimpin pembangkang atau mantan pemimpin parti itu, bahawa parti itu hanya penumpang, kerana latar belakang parti itu yang pernah menjadi tulang belakang kerajaan sejak merdeka.

Oleh kerana latar belakang Umno itu, maka mudah dijadikan sasaran sebagai penumpang berbanding parti-parti lain. Sedangkan jika betul ada istilah penumpang, tidak semestinya parti sedikit kerusi menjadi penumpang, melainkan semua juga menjadi penumpang termasuk parti yang lebih banyak kerusi, kerana mempunyai nilai yang sama, sama-sama tidak boleh membentuk kerajaan.

Jika ukuran adalah Perdana Menteri, dan mana-mana parti, pemimpin parti itu bukan Perdana Menteri adalah penumpang, maka, kerajaan campuran tidak akan terbentuk.

Kerajaan campuran terbentuk, kerana persetujuan semua pihak, dan semua bersetuju seseorang daripada kalangan mereka dipilih sebagai Perdana Menteri.

Apabila berlaku kerajaan campuran, bermakna, semua parti yang telah bersedia, kena bersetuju hala tuju kerajaan, kerana hala tuju adalah produk/hasil kesepakatan bersama, bukannya hala tuju sesebuah parti, melainkan hala tuju semua parti yang terlibat.

Dalam kerajaan campuran, keutamaan adalah perkara-perkara yang dipersetujui, manakala perbezaan hanya diraikan.

Dalam tempoh kerajaan campuran itu, tidak berlaku perubahan asas perjuangan setiap parti yang bekerjasama, melainkan kekal dengan asas perjuangan masing-masing, akan tetapi, demi kelancaran pemerintahan, maka semua pihak move-on, demi rakyat dan negara.

Memang berlaku dalam kerajaan campuran, apabila berlaku pilihan raya, seperti PRN 6 negeri dalam tempoh masa kerajaan off the day, ada parti yang dirugikan atau parti yang untung, berkaitan agihan kerusi yang ditandingi. Parti yang bertanding tertutup peluang bertanding di kawasan yang disandang parti masing-masing, akan tetapi parti-parti itu juga mempunyai peluang bertanding banyak kerusi di kawasan-kawasan yang disandang pihak lawan.

Pada PRN 6 negeri ini, sudah tentu Umno merasa dirugikan di Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, kerana tidak dapat bertanding banyak kerusi, akan tetapi mendapat keuntungan kerana dapat bertanding banyak kerusi di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

At the end of the day, jika kerjasama berjalan dengan baik, dan rakyat menyokong, maka semua parti dalam kerajaan campuran itu, akan menikmati keadaan menang-menang.

Dalam kerajaan campuran, seperti mana berlaku dalam Kerajaan Perpaduan pada hari ini, jika ianya diteruskan atau dikekalkan semasa pembentukan kerajaan Persekutuan pada PRU16, keadaan akan serupa, ada parti yang  kelihatan dirugikan dan ada parti yang kelihatan mendapat keuntungan/kelebihan, dari segi kawasan yang ditandingi, akan tetapi pada asasnya keadaannya adalah seimbang.

Pendek kata, dalam kerajaan campuran, tiada parti yang dianggap sebagai penumpang, melainkan semua parti berada pada kedudukan yang sama, baik yang besar mahupun yang kecil. Jika semua pemimpin dalam kerajaan campuran dapat mengelak “abang besar” maka kukuh lah kerajaan,stabillah politik.

No comments:

Post a Comment