Wednesday, May 24, 2023

TANAH SELUAS 320 EKAR NABAWAN: ABD GHANI MOHD YASSIN- HANYA PROKSI PENDUDUK

DATUK Abd Ghani Mohd Yassin tiada pilihan sebelum September 2020, melainkan bersetuju dengan permintaan penduduk yang mendiami kawasan tanah tersebut, kerana terdapatnya banyak pemohon secara individu atau syarikat daripada luar berkaitan tanah itu.

Penduduk sangat bimbang, jika mereka secara perorangan memohon, tidak mampu bersaing dengan pemohon lain yang dilihat lebih berkemampuan daripada segi kewangan mahupun jalinan atau kabel, dan akhirnya tercicir.

Penduduk setempat (menduduki tanah itu) berpendapat/berpandangan, jika orang asal yang mempunyai status/nama memohon tanah itu, dengan sendirinya pemohon-pemohon luar itu tidak meneruskan hasrat mereka.

Walaupun Datuk Abd Ghani bersetuju atas permintaan penduduk itu, beliau memberi syarat, jika timbul apa-apa masalah berkaitan tanah itu, jika kemudiannya diluluskan atas nama beliau, maka mereka itu perlu memberi penjelasan berkaitan kedudukan sebenar.

Ghani dengan penduduk/pemohon yang terlibat mempunyai persefahaman, bahawa tanah itu akan dimajukan menerusi koperasi, dan koperasi itu akan bekerjasama dengan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS/SLDB). Selepas Koperasi itu ditubuhkan, maka Ghani akan melepaskan tanah itu untuk digantikan dengan nama koperasi.

Matlamat utama ADUN Nabawan itu, adalah untuk membantu penduduk yang diwakili, dapat menikmati kemajuan daripada tanah yang mereka pohon, dan untuk menghalang pihak luar daerah mendapat keuntungan segera.

Bukan sedikit duluan, berkaitan tanah kampung di mana penduduk asal dinafikan, kerana tanah yang diduduki milik orang lain, ironinya mereka itu, adalah orang luar daerah.

Hakikatnya pada pandangan penulis, tindakan Datuk Abd Ghani Mohd Yassin itu adalah tepat, sebagai tanggungjawab pada penduduk yang sedaerah dengan beliau. Kata peribahasa, seberat mana mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Dakwaan ADUN Merotai, seolah-olah bersetuju, bahawa orang luar bagi daerah-daerah tertentu dibenarkan memohon tanah, walaupun hak penduduk asal dinafikan.

Pada Selasa, Abd Ghani memberi tahu sidang DUN Sabah, berdekad lamanya, menjadi pemimpin, tidak pernah menggunakan kedudukan termasuk memohon tanah, melainkan hanya pada kali ini, kerana merasa terpanggil untuk melindungi para pemohon tanah yang dimaksudkan (PT. 20-23150247).

No comments:

Post a Comment