Friday, May 19, 2023

MASALAH AIR & LETRIK SABAH

DUA kemudahan asas ini bermasalah sejak tiga dekad yang lalu. Kerana masalah itu, maka Lembaga Letrik Sabah (LLS) diambilalih oleh Tenaga Nasional (TN) menerusi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) pada tahun 1998.

Isu Air

Isu air pula cuba diselesaikan menerusi pembinaan empangan Kaiduan dan Tambuton, akan tetapi pembinaannya tidak dapat diteruskan kerana mendapat bantahan daripada penduduk setempat.

Oleh kerana dua empangan itu tidak dapat direalisasikan, maka kerajaan negeri melaksanakan upgrade Loji Air Telibong, bagi kawasan Kota Kinabalu, selain membina loji air berskala kecil di daerah-daerah lain.

Sementara melaksanakan upgrading, membina loji-loji kecil, permintaan pula terus meningkat, selain sistem perpaipan lama menyumbang kepada non revenue water (NRW), juga pencurian air menerusi sambungan haram, maka menyumbangkan gangguan bekalan.

Isu Letrik

Selain regenerasi tenaga yang lambat, sistem grid yang tidak berpendebat (hampir 49%) daripada seluruh rangkaian, juga menyumbangkan pada gangguan bekalan.

Masalah lain adalah penyambungan haram, yang dikatakan hampir 25% gangguan bekalan kerana faktor penyambungan haram (mencuri letrik).

Apabila faktor-faktor ini belum diselesaikan, apabila permintaan mendadak meningkat, maka pencawang “overload’ menyebabkan kerosakkan teknikal yang berakibat janakuasa terpelantik, ekorannya sistem grid kehilangan kapasiti tenaga.

Bekalan tenaga bagi Sabah secara keseluruhan boleh mencapai 1,200 MW jika semua loji jana kuasa termasuk yang dikendalikan penyedia tenaga bebas (IPP) beroperasi sepenuhnya. Manakala permintaan tenaga purata 970MW, akan tetapi, kesan beberapa jana kuasa yang terpelantik yang menyebabkan kehilangan 200 MW tenaga, maka telah menyebabkan gangguan bekalan.

Tidak Perlu Desakan Selasaikan

Pada dasarnya, tidak memperlukan mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan mendesak kerajaan negeri untuk bertindak menyelesaikan dua masalah kemudahan asas ini, kerana penyelesaiannya menerusi tindakan berterusan (on going), dan sedang dalam progress, kerana dua isu ini bukan hanya timbul pada kerajaan hari ini, akan tetapi isu yang telah diwarisi berdekad lamanya.

Mereka yang membangkitkan dua isu ini, hanya mengaut simpati daripada rakyat untuk tujuan politik, sedangkan mereka yang bercakap itu tahu keadaan sebenar.

Sepatutnya, pemimpin politik yang mengritik kerajaan hari ini, perlu bertindak jujur, dengan melihat latar belakang masalah dua kemudahan asas ini.

Penyelesaian Once For All

Kerajaan negeri telahpun menubuhkan Suruhanjaya Tenaga bagi Negeri Sabah untuk mengambil alih bekalan tenaga di Sabah, manakala bekalan air, kerajaan negeri telah mempunyai pelan konkrit untuk menyelesaikannnya. Penyelesaian ini akan diperpercepat lagi, apabila Perdana Menteri memberi komitmen menyalurkan peruntukan besar.

No comments:

Post a Comment