Wednesday, May 10, 2023

KUATNYA PARTI TEMPATAN JAMINAN MASA DEPAN RAKYAT SABAH

RAKYAT Sabah tiada pilihan, melainkan perlu menyokong parti tempatan sebagai jaminan masa depan rakyat negeri dalam arena politik negara.

Berdekad, rakyat Sabah akur dengan parti nasional, akan tetapi tidak mendapat apa yang perlu dinikmati.

Betul ada pemimpin negeri dilantik sebagai menteri pusat atau jawatan-jawatan lain di masa lalu, akan tetapi perlu akur dengan kehendak pemimpin parti yang diwakili yang berakhir pada kerugian pada rakyat negeri.

Apabila pemimpin negeri dilantik ke peringkat pusat atas sebab faktor parti yang diwakili dan parti yang diwakili itu bukan parti melukut di tepi gantang, maka kedudukan menteri akan dianggap mempunyai taraf atau darjat sama dengan menteri-menteri daripada parti-parti lain.

Kedudukan sama taraf atau darjat akan dicapai apabila parti yang diwakili itu kuat, kuat daripada segi jumlah kerusi.

Rakyat Sabah tidak perlu terikut-ikut dengan proklamasi kaum di Semenanjung, kerana latar belakang rakyat Sabah yang jauh berbeza.

Kemajmukan rakyat Sabah, memerlukan sebuah parti berbilang kaum yang tidak didominasi oleh sesuatu kaum.

Dalam senario politik terkini, rakyat Sabah diberi peluang menyokong parti seperti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) atau parti komponen Gabungan itu, Gagasan Rakyat (Gagasan).

Gagasan yang dipimpin Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Hajiji Haji Noor merupakan sebuah parti berbilang kaum yang memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat negeri.

Sebagai parti tulang belakang pada Gabungan (baca GRS), Gagasan adalah alternatif utama pada rakyat yang sebelum ini pernah menyokong parti-parti lain.

No comments:

Post a Comment