Sunday, May 21, 2023

ANTI LOMPAT DUN SABAH: APA STATUS ADUN UMNO?

UNDANG-UNDANG anti lompat akan dibentangkan pada Sidang DUN Sabah yang berlangsung 22-25 Mei 2023.

Jika undang-undang itu diluluskan, apa status ADUN Umno yang menyokong kerajaan?

Apa kah terpaksa mengosongkan kerusi? Memandang Umno pimpinan Datuk Bung Moktar Radin tidak menyokong kerajaan negeri, atau kah menggunapakai keputusan Umno pusat yang menyokong kerajaan negeri? Jika demikian, maka selamat lah Adun-Adun parti itu yang bersama kerajaan negeri.

ADUN Limbahau Datuk Juil Nuatim pada Ahad mengistiharkan kedudukan sebagai ADUN bebas, untuk mengelak konflik dalam parti PKDM yang kadang kala seperti chip more, sokong kadang tidak kerajaan negeri.

Menerusi Undang-Undang Anti Lompat, ADUN secara individu jika mengambil keputusan cross the floor, automatik kehilangan kerusi.

Undang-Undang anti lompat yang bakal diluluskan ada lah persediaan berhadapan PRN akan datang, untuk mengelak kecelaruan semasa membentuk kerajaan.

Di masa-masa lalu berlakunya kelambatan melantik Ketua Menteri, kerana TYT terpaksa memastikan Ketua Menteri yang dilantik mendapat sokongan majoriti.

Menerusi Undang-Undang Anti Lompat ini, TYT tidak perlu memanggil setiap ADUN atau bergantung pada Surat Akuan Bersumpah (SD) memadai mendapat kepastian daripada ketua parti.

Dengan berkuatkuasanya Undang-Undang Anti Lompat, ada kebaikkan ada kelemahan pada kerajaan off the day, boleh juga mengwujudkan kestabilan politik, akan tetapi tidak menghalang menumbangkan kerajaan bukan dalam pilihan raya. Semuanya bergantung pada komposisi parti-parti yang mempunyai kerusi.

Dalam keadaan demikian, untuk mengelak, parti yang menyokong kerajaan menarik sokongan, maka sesebuah parti yang membentuk kerajaan seharusnya mempunyai cukup kerusi, setidak-tidaknya majoriti mudah.

Pada PRN-17 Sabah, parti-parti akan bersaing menang sebanyak mungkin kerusi, supaya, kerajaan diterajui oleh parti yang mempunyai kerusi majoriti.

Apabila keputusan pilihan raya diketahui, parti yang mendapat kerusi majoriti, tidak ragu lagi menuju Istana untuk menyatakan kesediaan membentuk kerajaan pada TYT, kerana jumlah kerusi yang dimiliki ada lah pasti, tidak bocor ditengah jalan seperti mana yang lalu-lalu.

No comments:

Post a Comment