Friday, April 21, 2023

SABAH MAMPU CATAT PERTUMBUHAN BERTERUSAN: HAJIJI

MENURUT Ketua Menteri- Datuk Seri Hajiji Haji Noor Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) berada di landasan betul untuk membawa negeri Sabah dan rakyatnya ke hadapan melalui teras-teras utama SMJ.

S yang merujuk tiga sektor utama fokus pertumbuhan ekonomi iaitu pertanian, perindustrian dan pelancongan; M merujuk pada modal insan dan kesejahteraan rakyat; manakala J merujuk jaringan infrastrukut dan kelestarian hijau.

Tiga teras utama SMJ akan dipacu oleh lima pemboleh daya iaitu kemampuan fiskal, kemudahan kewangan, keberkesanan dan kecekapan penyampaian,kecemerlangan tadbir urus berintegriti dan kerajaan digital.

Oleh kerana SMJ adalah hala tuju rakyat dan negeri dan merupakan hak bersama maka tentunya memberi manfaat kepada Sabah terutama rakyat di luar bandar agar tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan.

Petikan kata-kata Ketua Menteri itu adalah sebahagian kandungan rakaman sempena menymbut Lebaran bagi tahun 2023 yang bakal disiarkan RTM pada hari Lebaran.

No comments:

Post a Comment