Tuesday, April 04, 2023

SABAH LULUS PELABURAN RM11.5 BILION SEJAK TAHUN 2020: HAJIJI

DALAM tempoh 2 tahun, negeri Sabah telah meluluskan RM11.5 bilion pelaburan yang terbahagi daripada RM9.2 pelaburan langsung asing (FDI) dan RM2.3bilion pelaburan domestik.

Jumlah pelaburan sebanyak itu meliputi 89 projek dan menjana kira-kira 4,566 pekerjaan.

RM8.4 bilion daripada pelaburan itu membabitkan sektor pembuatan, manakala RM1.6 bilion dalam sektor utama terdiri daripada pertanian, perlombongan, komoditi dan perladangan, baki RM1.5 bilion dalam sektor perkhidmatan.

Pentadbiran negeri yang memperkenalkan pendekatan mesra pelaburan, mengharapkan pelaburan akan terus masuk ke Sabah, agar aktiviti ekonomi negeri semakin rancak dan pada masa sama dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan.

Sabah mempunyai potensi pengembangan berkait minyak dan gas serta sektor pertanian dan peladangan.

Sabah perlu mengutamakan sektor industri yang mempunyai comparative advantage agar lebih berdaya saing.

Memilih sektor yang terkesan dengan faktor logistik dan pengangkutan dilihat kurang berdaya maju berbanding dengan sektor yang mana negeri mempunyai kelebihan berbanding negeri-negeri lain.

Keutamaan Sabah adalah bagaimana meningkatkan pendapatan perkapita rakyat, kerana berbanding dengan pendapatan perkapita nasional, pendapatan perkapita rakyat Sabah hanya separuh daripada pendapatan perkapita nasional.

Visi Sabah Maju Jaya (SMJ) boleh merealisasikan impian rakyat negeri, menjadi negeri maju pada tahun 2025. Usaha gigih dan kerja keras para pemimpin Sabah dengan kerjasama rakan-rakan daripada Kerajaan Pusat, adalah faktor yang dapat merealisasikan rakyat Sabah.

Apa yang paling penting dikala momentum pembangunan ekonomi negeri di landasan tepat, kestabilan politik amat penting.

Nampaknya kestabilan politik negeri semakin kukuh, selepas ada cubaan menumbangkan kerajaan negeri yang gagal.

Para pemimpin politik yang menyokong kerajaan negeri, nampak, hanya menerusi sokongan kukuh pada kerajaan, maka usaha-usaha memajukan negeri akan terus berjalan lancar.

No comments:

Post a Comment