Monday, April 17, 2023

MEMBURU LAWAN POLITIK DIDAKWA PERASUAH, DALAM KERAJAAN SENDIRI ADA PERASUAH

Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar berhadapan dua situasi yang amat getir berkaitan tindakan beliau memerangi rasuah dan perasuah.

Sementara memburu musuh politik dikatakan perasuah, dan ramai yang telah dihadapkan ke mahkamah, dalam kerajaan sendiri terdapatnya perasuah.

Apa yang paling mustahak Perdana Menteri tidak melindunginya, dan memastikan SPRM menjalankan tugas dengan bebas tanpa halangan.

Terbaharu, SPRM menahan 3 pegawai kanan Menteri Sumber Manusia- Sivakumar MP Batu Gajah daripada DAP. Selain itu suruhanjaya pencegah rasuah itu juga menahan seorang ahli perniagaan daripada Ipoh yang dikatakan sebagai “runner” mengutip “kickback” daripada ejen-ejen tertentu untuk diberikan kuota pengambilan pekerja asing yang dikatakan melibatkan wang sebanyak RM97 juta.

Cuba bayangkan hanya 5 bulan menjadi kerajaan, perasuah telah berjaya mengutip wang sebanyak itu, jika 5 tahun berapa?

Perasuah dan rasuah tidak mengenal siapa kerajaan, siapa pemimpin, mana-mana parti, asalkan ada peluang maka peluang itu digunakan semaksimum mungkin.

Jika sebelum ini pemimpin Umno dihadapkan ke mahkamah kerana rasuah, kemudiannya beberapa pemimpin Bersatu dituduh perasuah atas sebab parti menerima dana politik, tidak diketahui apa alasan yang akan didedahkan SPRM berkaitan Sivakumar? Sama-sama kita nantikan.

No comments:

Post a Comment