Friday, April 28, 2023

GPS DAN GRS LEBIH SELESA BERSAMA ANWAR


BENAR lah dalam politik itu penuh dengan kemungkinan, dan yang kekal adalah kepentingan.

Berasaskan senario politik sekarang, tiada cara GPS dan GRS menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas sebab tindakan Perdana Menteri yang melayan tuntutan Sabah dan Sarawak yang sekian lama tertangguh, malah menjadi bola pingpong semasa era 9 Perdana Menteri yang lalu.

Desas desus bahawa sebelum September tahun ini 12 PRK parlimen bakal diadakan, dan mereka yang terpaksa mengosongkan kerusi tersebut yakin menang dengan logo PN. Kerana keyakinan itu, maka PN akan mempunyai bilangan kerusi 74+12=76, memerlukan 26 kerusi lagi untuk mencapai majoriti mudah 112.

Dikatakan jika PN mempunyai bilangan kerusi sedemikian, maka GPS yang mewakili 23 dan GRS 4 akan bersama PN membentuk kerajaan baharu.

Di atas kertas mudah dilakar tetapi secara praktikal tidak, atas sebab GPS dan GRS tidak seperti sebelum PRU-15 atau beberapa hari selepas PRU tersebut, kerana blok parti Borneo itu sudah move on, dan sudah merasa selesa dengan kerajaan Perpaduan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Blok parti Borneo itu, tidak mahu terikat dengan percaturan parti poltik di Semenanjung sebelum tiba piihanraya umum, apa tah lagi menumbangkan kerajaan.

Bagi GPS dan GRS tawaran politik apa kah secara bertulis tidak memadai, kerana pemimpin dua blok parti itu mahukan secara praktikal (tunai), dan semua itu diperolehi menerusi Perdana Menteri ke-10.

Sebagai contoh permohonan Sarawak untuk mendapatkan lesen mengoperasikan butik airline, telah dipersetujui Perdana Menteri, dan keputusan akan diumumkan selepas dipersetujui kabinet.

Bagi Sabah pula banyak tuntutan direalisasikan terutama berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), selain itu penerokaan minyak dan gas oleh kerajaan negeri mendapat restu daripada kerajaan Persekutuan menerusi PETRONAS.

Penulis melihat berasaskan senario politik negara terkini, ada lah sukar bagi GPS dan GRS mengalih sokongan atau mengenepikan sokongan pada Perdana Menteri ke-10.

Bagi pemimpin parti Blok Borneo itu, tidak mahu mencampuri pergolakan politik di Semenanjung, walaupun benar-benar berlaku adanya 12 PRK yang membabitkan MP Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment