Monday, March 20, 2023

PRN 6 NEGERI DI SEMENANJUNG-GRS PERLU BERKECUALI

UNTUK mengekalkan status sebagai parti tempatan Sabah, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) wajar berkecuali pada PRN di 6 buah negeri di Semenanjung yang bakal berlangsung pertengahan tahun ini.

GRS perlu mengekalkan pendekatan hanya terlibat dalam pembentukan atau menubuhkan Kerajaan di Peringkat Persekutuan.

GRS tidak perlu mencampuri politik Semenanjung, supaya tidak dipandang menyebelahi mana-mana blok parti di Wilayah itu.

GRS perlu melihat bahawa politik Semenanjung sangat progersif dan dinamik, boleh berubah mengikut keadaan dan masa.

Agar GRS boleh sentiasa bersama-sama dengan mana-mana blok parti semasa pembentukan Kerajaan Persekutuan, maka tiada pilihan melainkan perlu berkecuali.

Menerusi pendirian sedemikian, menunjukkan, hal ehwal politik Semenanjung, biarlah diurus oleh pemimpin politik di wilayah itu, manakala di Sabah biarlah pemimpin negeri mengurus politik negeri.

Mengurus politik di wilayah masing-masing lebih bersesuaian dengan senario politik terkini, sesuai dengan perubahan politik tanah air. Menerusi pendekatan ini, maka tidak timbul permusuhan dengan mana-mana atau pemimpin politik antara wilayah. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Post a Comment