Sunday, March 05, 2023

KEDUDUKAN KERUSI BERKAWASAN DI DUN SABAH

SETAKAT hari ini, 5 Mac 2023, kedudukan ADUN berkawasan bagi DUN Sabah, Gagasan Rakyat 24, Warisan 14, Umno 11, Pakatan Harapan (PH) 7, PBS 7, STAR 6, PKDM 3 dan PHRS 1.

ADUN-ADUN penyokong kerajaan seramai 50, manakala yang membangkang 23.

Sekiranya dalam Sidang DUN Sabah akan datang, RUU Anti Lompat dibentangkan, maka boleh mendapat kelulusan, kerana RUU tersebut memerlukan sokongan 2/3. Kuasa 2/3 bagi DUN Sabah dengan mengambilkira ADUN dilantik adalah 53. Kini ADUN yang menyokong kerajaan berjumlah 54.

Menguatkuasakan RUU Anti Lompat, akan membendung wakil-wakil rakyat daripada parti yang tidak menyokong kerajaan keluar daripada parti mereka, dan setidak-tidaknya mengurangkan kerundung malangan pemimpin parti itu.

Selepas kegagalan menumbangkan kerajaan negeri pada 6 Januari lalu, terdapatnya kecenderungan para wakil rakyat daripada parti yang menggerakkan pengulingan itu keluar daripada parti masing-masing.

Bukan wakil rakyat sahaja yang keluar, akan tetapi ahli-ahli parti di peringkat akar umbi.

Lazimnya, ahli-ahli parti keluar daripada satu parti masuk ke parti lain berlaku menjelang atau sedang berlaku pilihan raya. Akan tetapi pada kali ini, keadaannya sangat berbeza, ahli-ahli parti keluar, kerana bosan dengan tindak tanduk pemimpin parti mereka yang asyik berpolitik sepanjang masa.

No comments:

Post a Comment