Thursday, March 30, 2023

IKATAN MENANG-MENANG GPS-GRS-PH-UMNO: BANTU UMNO DAPAT SOKONGAN KAUM MELAYU

STRATEGI parti Umno untuk kembali menguasai persada politik tanah air, diatur sedemikian rupa, apabila menyokong Pakatan Harapan (PH).

Sebagai parti melayu, Umno mempunyai masa depan lebih baik menerima sokongan kaum itu, memandangkan menyokong Perikatan Nasional (PN) mempunyai jalan berliku untuk menerajui Kerajaan Persekutuan, kerana sangat bergantung sokongan daripada Sabah dan Sarawak.

Jika kaum melayu melihat peluang ini, maka kaum itu akan kembali menyokong Umno untuk mengembalikan kerajaan yang diterajui parti berasaskan kaum itu, seperti mana sejak negara merdeka.

Umno akan menjadi parti terbesar atau terbanyak kerusi dalam kerajaan Perpaduan, jika kerjasama antara parti-parti yang menyokong kekal sehingga PRU-16.

Pada PRU-16, Umno diberi peluang bertanding di kebanyakan kawasan yang dimenangi PN. Jika kaum melayu menyokong parti itu, maka kerusi-kerusi tradisi yang biasa dimenangi sebelum ini akan ditawan semula.

Selepas PRU itu, terpulang pada keputusan berbagai parti, siapa bakal menjadi Perdana Menteri, tetapi sikap Umno yang mahu menjadi ketua, maka diyakini pemimpin Umno akan kembali sebagai Perdana Menteri, KECUALI Dato Seri Anwar Ibrahim masih bertenaga sebagai Perdana Menteri.

Melihat keadaan dalam kerajaan Perpaduan, nampaknya GPS dan GRS sudah terikat bersama parti-parti yang sedang bekerjasama, dan diyakini berlanjutan sehingga PRU-16.

Keterikatan GPS dan GRS ke dalam kerajaan perpaduan menyukarkan parti lain untuk menawan Putrajaya, dan kerananya akan mendorong kaum melayu Semenanjung kembali ke parti Umno.

Pertukaran Ketua Menteri Melaka  bertujuan membentuk kerajaan Perpaduan, dengan menyertakan ADUN PH sebagai exco, memperkuat ikatan menang-menang antara PH dan parti Umno.

Keterikatan menang-menang antara GPS-GRS-PH-Umno, adalah batu penghalang bagi PN.

Nampaknya, apapun usaha PN, jika sekali pun, menang banyak kerusi pada PRN 6 negeri, Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu, hanya berkisar di peringkat negeri, dan keputusan yang berbeza di peringkat parlimen pada PRU akan datang.

Penulis bukan lah pakar peramal, akan tetapi bercakap berkaitan naluri manusia. Manusia cenderung memilih atau berpihak pada parti yang mempunyai peluang tinggi membentuk kerajaan.

Terbukti pada PRU-15, apabila PH dan PN menang kerusi yang hampir seimbang, kerana rakyat berpendapat, dua parti itu mempunyai peluang membentuk kerajaan, berbanding Umno atau BN, walaupun pada PRN Melaka dan Johor, Umno/BN menang besar.

Pada PRU akan datang, rakyat melihat, PN bukan lagi berada pada kedudukan seperti PRU-15, kerana itu, penulis melihat, BN,khususnya Umno, akan kembali sebagai parti terbesar dalam negara.

Umno khususnya kena berterima kasih pada GPS dan GRS, kerana tindakan dua parti itu, maka Umno kembali pulih. Kerana faktor ini, maka Umno kena melihat semula kedudukan di Sabah, untuk tidak bersaing dengan GRS, seperti mana tindakan parti itu di Sarawak.

Boleh kah Umno bertindak seperti mana saranan ini? Kerana melaluinya, menjamin masa depan parti itu!!!. Tepuk dada tanya selera.

No comments:

Post a Comment