BUKAN kah Datuk Shafie Apdal salah seorang wakil rakyat yang tidak menyokong Rang Undang-Undang Anti Lompat yang dicadangkan dibentangkan di Parlimen era Perdana Menteri ke-9?
Mengapa sekarang Presiden Warisan itu menyalahkan Kerajaan Sabah yang belum membentangkan undang-undang tersebut di DUN Sabah?
Pada hakikatnya Ketua Menteri Sabah dan dipersetujui kabinet Sabah pada Julai tahun lalu, apabila RUU tersebut diluluskan parlimen, akan membentangkan RUU tersebut, dan pada masa itu dicadangkan bersekali dengan RUU kawal selia Gas dan Tenaga, akan tetapi, RUU tersebut tertangguh memandangkan adanya gerakan menggulingkan Ketua Menteri dan kerajaan negeri pada 6 Januari lalu.
RUU Anti Lompat memperlukan sokongan 2/3 untuk meluluskannya.
Pada Sidang Khas Dun Sabah pada 10 Januari, hanya dihadiri 44 ADUN daripada 76, tanpa seorangpun wakil rakyat daripada Parti Warisan.
Kerajaan Sabah akan membentangkan RUU tersebut pada Persidangan DUN Sabah yang dijadualkan pada Mac. Jika RUU tersebut dibentangkan, akan dilihat apa kah akan mendapat sokongan 2/3?
Kerajaan Sabah pada hari ini hanya disokong 47 ADUN, kurang 4 ADUN untuk kuasa 2/3.
Shafie sangat terdesak memerlukan RUU Anti Lompat parti, atas sebab, semakin ramai wakil rakyat parti beliau bercadang keluar parti, ekoran hilang kepercayaan pada kepimpinan beliau.
No comments:
Post a Comment