Thursday, February 23, 2023

DAKWAAN WAKIL RAKYAT WARISAN DIBELI: AZIZ JAMMAN KATA- SHAFIE TIDAK PERLU TUNJUK BUKTI

NAMPAKNYA tugas SPRM bertambah lagi, kerana perlu membuka kertas siasatan berkaitan dakwaan Datuk Shafie Apdal bahawa wakil rakyat parti itu keluar parti kerana dibeli.

Sudah lah suruhanjaya itu berhadapan berbagai bentuk rasuah, terpaksa melibatkan diri menyiasat wakil-wakil rakyat yang tugasannya membuat dasar, kerana hanya berpunca mengubah platform perjuangan.

Di negara ini, kebebasan bersuara, berpersatuan dijamin dalam perlembagaan negera, walaupun yang terakhir disekat menerusi Undang-Undang Anti lompat pada Oktober Tahun 2022.

Jika mana-mana pemimpin atau individu dibenarkan membuat dakwaan melulu tanpa bukti, maka keadaan negara lambat laun semakin kucar kacir.

Mungkin juga kaedah ini membantu para peguam mendapat kes, menerusi tindakan saman oleh mereka didakwa.

Bagaimana pula kejadiannya jika yang didakwa itu tidak dapat menyaman, kerana tiada kemampuan membayar kos guaman? Maka mereka itu selamanya terdedah dengan dakwaan jelek.

Di Sabah, perlu diakui, mana-mana wakil rakyat sukar membantu atau membela rakyat yang mereka wakili tanpa bantuan kerajaan, kecuali lah jika wakil rakyat itu mahu mengekalkan kedaifan kawasan yang diwakili, seperti mana berlaku di kawasan Semporna.

Pada hakikatnya, kenyataan pemimpin Warisan seperti Aziz Jamman tidak bermerit lagi, kerana Ketua Penerangan Warisan itu telah ditolak rakyat menerusi pilihan raya. Oleh yang demikian, jika pemimpin itu membuat laporan samada pada pihak polis dan SPRM, hanya tindakan hanya menghabiskan masa dan tenaga agensi tersebut.

PDRM atau SPRM kena menaruh kepercayaan/keyakinan pada wakil rakyat yang beralih parti atau platform perjuangan, semata-mata untuk membela rakyat yang mereka wakili, selain menjalankan fungsi masing-masing berasaskan kapasiti masing-masing memajukan rakyat dan negeri secara

No comments:

Post a Comment