Thursday, February 23, 2023

BAJET 2023 YANG DISEMAK DIBENTANG JUMAAT INI- APA KAH ADA BANTUAN TUNAI?

BANTUAN tunai kepada golongan sasar telah diilhamkan semasa Datuk Seri Najib Razak Perdana Menteri.

Sebelum itu kita biasa dengar bantuan tunai, hanya terhad pada mereka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan, tidak menyeluruh.

Bantuan tunai pada golongan sasar, yang bermaksud membantu meringankan beban golongan ini menyediakan makanan atas meja untuk seketika, akan tetapi sebenarnya kerajaan mengharapkan kesan berganda daripada kaedah ini.

Dengan adanya wang beredar di pasaran berjumlah berbilion, maka menjadi penggalak pada peniaga atau peruncit meningkatkan volume perniagaan mereka, atas sebab, tersuntik dengan tambahan kuasa beli. Menerusi peningkatan volume perniagaan, maka pendapatan juga meingkat, dan pada gilirannya cukai perniagaan juga meningkat.

Menerusi bayaran cukai, bermaka, bantuan tunai kerajaan tersebut, akan dikutip semula.

Dengan senario ini, hakikatnya memberi bantuan tunai pada rakyat yang memerlukan, tidak mendatangkan kerugian pada kerajaan, sebaliknya menambah keyakinan pada rakyat yang bertukar pada sokongan.

Memang, lebih apdal mengajar mengail berbanding memberi ikan, tetapi dalam keadaan persekitaran ekonomi yang tidak menentu, kurangnya aktiviti ekonomi yang membantu golongan sasar, menerusi pembayaran tunai oleh kerajaan, boleh mencetus fenomena aktiviti di peringkat bawah perekonomian, khususnya perniagaan berkaitan barangan keperluan harian rakyat, membuka peluang-peluang pekerajaan, yang mungkin melibatan ribuan peluang.

Bantuan tunai, adalah kategori perbelanjaan kerajaan, sebab itu dalam mengira produktiviti negara, salah satu komponennya adalah perbelajaan kerajaan.

Menerusi pembentangan Bajet yang disemak pada Jumaat ini, diharapkan bantuan tunai pada golongan sasar yang dikatakan berjumlah hampir 9 juta orang diteruskan, tanpa mengambilkira apa istilah yang digunakan, janji tunai masuk akaun golongan ini.

Pada 17 Januari lalu, bantuan RM300 bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan bujang RM100, satu jumlah yang amat sedikit, dan tidak berkesan berbanding peningkatan kos sara hidup bagi golongan sasar.

No comments:

Post a Comment