Friday, January 27, 2023

PEMIMPIN SIBUK BERPOLITIK PUNCA KETIDAK STABILAN

MEMANG benar, pemimpin politik itu perlu berpolitik, kerana jika tidak, maka mereka tidak akan dipanggil pemimpin politik.

Pemimpin politik itu ada dua kategori- pemimpin yang menggunakan pentas politik untuk memajukan rakyat; pemimpin politik yang menggunakan pentas politik untuk menjadi newsmaker.

Bagi kategori pertama, hanya berpolitik semasa pilihan raya, manakala yang ke-2 berpolitik sepanjang masa.

Mereka yang tergolong yang ke-2 lah yang menjadikan politik itu busuk, Oleh kerana sifat pemimpin politik golongan sedemikian,  akan sentiasa membuka ruang untuk mencetuskan ketidak stabilan.

Mereka yang termasuk kategori ke-2 ini menggunakan secara mutlak fungsi sebagai pemimpin politik, maka akan terus berpolitik, walaupun mereka itu diberi mandat menjadi kerajaan, sesuai matlamat pemimpin politik yang menunggang parti politik, apabila menyertai pilihan raya.

Apabila fungsi sebagai pemimpin politik benar-benar dipraktikkan, mereka yang termasuk dalam kategori ini tidak senang duduk, apabila tidak berpolitik. Atas sebab itu, golongan ini akan terus berpolitik.

Pemimpin politik kategori sedemikian, sentiasa mencari ruang dan peluang, agar status sebagai pemimpin politik sentiasa menjadi “newsmaker”, tidak kira lah untuk kebaikan atau sebaliknya.

Minggu pertama bulan Januari 2023, pemimpin politik yang mahukan status mereka mendapat perhatian, bertindak menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Sabah, supaya  hilang sokongan dan terpaksa meletakan jawatan.

Bukan sedikit masa terbuang, hanya kerana melayani tindakan pemimpin politik yang sentiasa berpolitik ini, termasuk merombak kabinet, menyusun semula pentadbiran di semua peringkat, untuk tujuan pembersihan daripada elemen musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan dan duri dalam daging.

No comments:

Post a Comment