Sunday, January 15, 2023

PAI ULUNG BUKAN HALANGAN BAGI PENJUDI POLITIK

SEJAK kerajaan pertama Sabah, tidak lekang dengan penjudi politik.

Penjudi politik yang kini dikenali sebagai lompat parti semacam adat politik Sabah, apa kah itu membabitkan wakil rakyat atau pemimpin parti politik.

Seingat penulis, tiada seorang pun pemimpin politik Sabah yang masih aktif hanya terlibat satu parti politik yang pernah disertai, kalau pun ada jumlahnya sangat sedikit.

Mengulas senario politik negeri yang nampak selesai pada 10 Januari 2023 semasa Sidang Khas Dun Sabah, apabila Datuk Seri Hajiji Haji Noor disokong 44 daripada 79 ADUN, akan tetapi tidak mengekang penjudi politik menguggat kestabilan politik negeri.

Mengimbas pai ulung yang digerakan Bung, Shafie dan Peter, yang tersangat yakin menang, kerana ada 40 ADUN, akan tetapi terlepas pandang, daripada 40 itu, 5 daripadanya tidak bersetuju. Pun demikian gerakan diteruskan juga, kerana mengambilkira 7 ADUN Pakatan Harapan (PH) bakal memberi sokongan, sehinggakan tindakan mereka itu bagaikan burung terbang dipipiskan lada.

Perkiraan komplot terperangkap dengan andaian, apabila 7 ADUN PH, bukan termasuk penjudi politik, melainkan terdiri daripada para ADUN yang menghormati keputusan rakyat pada PRN-16 Sabah, yang menjadikan Datuk Seri Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri.

Walaupun dalam bahasa Inggeris “the dust has settled”, masih ada persepsi, sehingga lah tamat penggal ke-16 DUN Sabah, penjudi tidak akan berhenti. Oleh kerana itu, Datuk Ewon Benedick Presiden UPKO yang dipilih, mencadangkan pada sidang DUN Sabah akan datang dibentang Rang Undang-Undang Anti Lompat, untuk mengekang gerakan penjudi politik.

No comments:

Post a Comment