Saturday, January 21, 2023

MA63: SPIN DOKTER PARTI WARISAN TERPAKSA TELAN KAHAK SENDIRI

BUKAN main spin dokter parti Warisan membuat tuduhan, bahawa Datuk Hajiji Haji Noor penghalang pelaksanaan isu-isu TUNTUTAN Sabah yang terkait dengan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan mendakwa bahawa Presiden Warisan lah pemimpin yang memperjuangkan isu-isu tertunggak dalam perjanjian tersebut, sedangkan hakikatnya, Shafie hanya menumpang pada tindakan Ketua Menteri Sabah tersebut.

Hajiji hanya menerajui Kerajaan Sabah bermula pada September 2020, akan tetapi isu-isu yang terealisasi berkaitan isu-isu yang tertunggak berdekad lamanya, cukup banyak, malah hampir keseluruhannya pada tahap pelaksanaan.

Keputusan Kerajaan Persekutuan berkaitan geran khas yang lebih dikenali tuntutan 40% di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan, yang meluluskan berkali ganda jumlahnya, sementara menunggu formula muktamad, adalah satu pencapaian dalam rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri era kepemimpinan Hajiji.

Betul semasa Shafie Ketua Menteri, bayaran geran naik daripada RM26 juta kepada RM52juta, jauh lebih kecil berbanding era Hajiji berjumlah RM125.6 juta pada tahun 2022, dan tahun ini berjumlah RM260 juta, dan jumlah itu akan terus meningkat sehingga tahun 2026.

Dakwaan spin dokter Warisan, kononnya Kerajaan Negeri era Hajiji, cukup puas dengan geran pada tahap sekarang, dan akur sahaja pelanjutan sehingga tahun 2026, sedangkan, formula yang sedang dirangka masih dalam penghalusan sebelum dimuktamadkan.

Tidak malu kah spin dokter Warisan, pada Sidang Khas Dun Sabah pada 10 Januari yang membentangkan 2 RUU berkaitan kawal selia gas dan tenaga di Sabah yang berkepentingan negeri dan rakyat, TIADA seorangpun wakil rakyat Warisan hadir, sedangkan RUU sebahagian daripada MA63.

Ketidak hadiran ADUN Warisan, menunjukkan bahawa mereka itu hanya SEMBANG KARI, tiada niat untuk memajukan negeri dan rakyat.

Boleh percaya kah rakyat Sabah apa yang dihujahkan oleh para pemimpin parti Warisan bersama dengan spin dokter mereka, yang hanya berbentuk retorik dan dolak dalik.

No comments:

Post a Comment