Thursday, January 05, 2023

KERAJAAN SABAH: AKAN ADA KAH PRN MENGEJUT?

SEBAIK sahaja terbentuknya kerajaan perpaduan Persekutuan hasil kerjasama antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan sokongan parti-parti kecil seperti Warisan, KDM, PDM dan bebas diapungkan bahawa Sabah akan bertukar kerajaan, daripada kerajaan GRS-BN kepada kerajaan Warisan-BN-PH, atas sebab tiga parti itu mempunyai sejumlah kerusi yang mencukupi membentuk kerajaan baharu.

Di DUN Sabah, Warisan mempunyai 19 kerusi, BN 17 kerusi dan PH 7 kerusi, merupakan majoriti mudah daripada 79.

Ironinya, sebaik sahaja isu tersebut diapungkan, 7 ADUN PH dengan cepat membuat perakuan dan sokongan kepada Datuk Seri Hajiji Haji Noor untuk meneruskan tugas sebagai Ketua Menteri sehingga tamat penggal. Namun, pendirian 7 ADUN PH tersebut tidak menghentikan berbagai spekulasi malah gerakan, sehingga dimedia sosial dikongsikan infografik yang bernota- GRS MENYOKONG PENUH KERAJAAN PERPADUAN; namun, Demi Kuasa, Shafie Bung dan Salleh Keruak sedia Bentuk Kerajaan Baharu di Sabah.

Kerana spekulasi dan ada yang menganggap bahawa gerakan tersebut bakal berlaku, maka pada 4 Januari, Setiausaha Agung GRS- Datuk Seri Masidi Manjun terpanggil mengeluarkan hebahan media bahawa Datuk Hajiji sebagai Ketua Menteri mempunyai sokongan majoriti daripada ADUN Sabah untuk meneruskan khidmat. Malah, menurut kenyataan tersebut pada bila-bila keabsahan sokongan tersebut boleh dibuktikan secara bertulis jika diperlukan oleh pihak berwajib.

Meskipun adanya kenyataan akhbar daripada GRS, sehingga sekarang, tiada mana-mana pihak baik daripada Warisan mahupun Barisan Nasional Sabah membuat sebarang kenyataan penafian berkaitan gerakan tersebut, yang membolehkan spekulasi tersebut terhenti.

Senario politik tanah air begitu rencam, kerana perakuan sokongan bertulis sekali pun, boleh berubah-ubah, seperti mana berlaku semasa penamaan PM-10.

Jika benar lah adanya gerakaan menjatuhkan kerajaan Sabah yang dipimpin Hajiji, seperti duluan sebelum ini, akan berlaku pembubaran DUN sebelum waktunya untuk menyerahkan semula mandat pada rakyat menerusi pilihan raya.

Bagi pandangan penulis, adalah sungguh ironis sekali kerajaan Sabah Maju Jaya walaupun hanya berumur 2 tahun lebih sedikit, yang telah membawa kemajuan luarbiasa pada negeri dan rakyat, bukan sahaja pencapaian daripada segi kutipan hasil, pelaburan dalam negeri akan tetapi juga kejayaan mendapatkan hak-hak negeri menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), akan tetapi ada gerakan menumbangkannya atas asas percaturan kuasa.

Penulis berpandangan, percaturan kuasa ini perlu dihentikan, kerana bukan sahaja menimbulkan ketidak stabilan, akan tetapi juga boleh memberi kesan pada perekonomian negeri khususnya kedatangan pelabur.

Di mata pelabur, sangat memahami apa erti sekali air bah sekali pantai berubah, kerana terpaksa berhadapan dengan mereka yang masih dalam keadaan try n error. Telah terbukti selepas pergantian kerajaan selepas PRU-14, mereka yang menjadi kerajaan berhadapan dengan situasi try n error, implikasinya adalah pada perekonomian negeri. Atas sebab keadaan perekonomian ketika itu begitu teruk sekali, maka terpaksa dilaksanakan gerakan menggantikan kerajaan, dan mereka yang terlibat tersebut adalah sebahagian besar menganggotai kerajaan off the day yang telah mengubah keadaan perekonomian negeri daripada kejatuhan kepada pemulihan, seperti mana dibuktikan menerusi kutipan hasil RM6.6 bilion pada tahun 2022, satu angka luarbiasa Year to Year kutipan hasil negeri.

No comments:

Post a Comment