Wednesday, January 04, 2023

KERAJAAN KENA CARI JALAN MEMBERI UPAH/GAJI MENGIMBANGI TEKANAN INFLASI

MEMBERI subsidi bagi barangan keperluan harian rakyat, adalah salah satu cara mengimbangi tekanan inflasi. Akan tetapi subsidi tidak diberikan pada barangan yang juga kegemaran rakyat seperti makanan laut, sayur mayur, atau makanan yang ditinkan, dibungkus atau dibotolkan.

Penulis tidak pasti apakah, susu pekat, nescafe, milo, kopi, teh, biskut diberi subsidi? Atau sardin, ikan-ikan lain yang ditinkan? Kerana jika diberi subsidi, sudah tentu harga tanpa subsidi cukup tinggi, kerana harga barangan tersebut mengalami kenaikkan harga luar biasa berbanding setahun yang lalu.

Ambil contoh 250gram tuna chilli cap ayam, setahun lalu berharga RM3.50, kini RM7.50, peningkatan 114%, milo dalam bungkusan, bukan dalam tin, 1kg setahun lalu RM12.80 kini RM18.50, kenaikkan 44.5%.

Nescafe original bungkusan 25 sacks pertengahan tahun lalu dijual pada harga RM9.99 kini RM14.99 (bergantung pasar raya), kenaikkan 50%.

Harga ikan kekek setahun lalu RM4.50 sekilo, kini RM8.50, naik 89%. Pumpkin sekilo RM2.50 setahun lalu, kini RM6.50 sekilo, naik 160%.

Melihat gelagat kenaikkan harga ini, benar lah kos sara hidup begitu menaik. Dalam senario ini, tiada pilihan bagi pengguna, melainkan memerlukan kenaikan pendapatan menerusi kenaikan upah atau gaji.

Kenaikan harga bukan sahaja melibatkan barangan masuk mulut kemudian berakhir di tandas, akan tetapi keperluan yang bersifat perkhidmatan seperti gunting rambut juga naik begitu ketara sekali. Penulis biasa gunting rambut ukuran 1 dan 2, yang memerlukan mesin tidak sampai 5 minit selesai, tahun lalu penulis dicaj RM10, kini RM18, dilokasi dan tukang gunting yang sama, naik 80%.

Nampaknya pemberian subsidi kerajaan menerusi minyak petrol dan diesel di pam minyak, kurang berkesan, kerana tidak juga menghalang kenaikkan harga barang atau perkhidmatan.

Penulis berpendapat, sebaiknya, subsidi sedemikian diberikan terus pada penguna berasaskan pro rata, berasaskan golongan pengguna atau rakyat, agar mereka ini boleh membuat pilihan mana barang keperluan yang perlu dibeli atau perkhidmatan, supaya hubungan antara penawaran/perminatan lebih elastis (anjal).

Jika subsdi berada dipoket pengguna akhir, sudah tentu, pengeluar/pembekal berlumba-lumba untuk mendapatkan wang tersebut, menerusi tawaran yang boleh mengiurkan mereka, yakni, menerusi tawaran harga yang menarik. Ertinya, para pembekal/pengeluar perlu bersaing semasa sendiri, semata-mata untuk mendapatkan wang di poket pengguna.

Memang diakui, jika minyak dan diesel tidak diberi subsidi, maka kos pengangkutan akan mengalami peningkatan, ertinya, produk yang perlu perkhidmatan ini perlu juga menaikkan harga untuk menampung kos, akan tetapi, setiap pengeluar atau pembekal perlu juga mengambil kira, keterjualan produk mereka. Pada satu titik, pertemuan antara penawaran dan permintaan akan menentukan harga, ertinya elastisitas antara penawaran dan permintaan terjadi. Jika ini berlaku, maka disposible income pengguna, akan tergunapakai secara optima, dengan sendirinya kesan inflasi dan kos sara hidup terkawal. Jika tidak maka kerajaan terpaksa mencari jalan menaikkan upah/gaji untuk mengelak tekanan inflasi/kos sara hidup. Fikir-Fikirkan

No comments:

Post a Comment