Wednesday, January 11, 2023

KABINET NEGERI SABAH: TINDAKAN BETUL MELANTIK YANG MENYOKONG

PERLANTIKAN kabinet baharu negeri Sabah tidak mengenepikan nasihat atau cadangan daripada mana-mana pihak termasuk daripada Perdana Menteri, kerana ada lah tindakan betul dengan melantik mereka yang menyokong dan sehaluan dengan kerajaan.

Melantik mereka yang menentang atau bukan penyokong, seolah-olah menjemput musuh dalam rumah, bukan sahaja seisi rumah sentiasa berjaga-jaga sepanjang masa, akan tetapi dalam keadaan tidak selamat.

Jika pihak yang menentang Ketua Menteri berhujah dengan menggunakan nama Perdana Menteri, ianya alasan yang dicari-cari.

Jika berpandukan kenyataan Datuk Dr Jeffery Kitingan, keputusan perlantikan kabinet baharu negeri adalah keputusan negeri, sesuai dengan senario politik negeri, selepas kudeta tidak menjadi.

Apa yang penting, menerusi senarai kabinet baharu negeri, fungsi kerajaan untuk tempoh sehingga penggal ke-16 DUN Sabah tamat berjalan dengan baik dan sempurna, untuk merealisasikan visi kerajaan negeri- SABAH MAJU JAYA menjelang tahun 2025.

Keutamaan kerjaan negeri, selain memaksimumkan pelaksanaan projek-projek Persekutuan di Sabah terutama yang bernilai di bawah RM50 juta, juga memastikan kemudahan-kemudahan asas di bawah kendalian Kementerian Kerja Raya Sabah yang bercelaru kesan daripada Menteri yang menjaganya sebelum ini, tidak tahu pangkal dan hujung, berterabur, bagaikan rojak.

Semoga dengan perlantikan seorang menteri yang berlatar belakang jurutera, akan memulihkan imej kementerian tersebut, terutama berkaitan penyelenggaran jalan-jalan raya dan kroniknya bekalan air bersih, yang melanda ibu negeri.

No comments:

Post a Comment