Tuesday, January 17, 2023

HENTIKAN PERSOAL KEABSAHAN SOKONGAN PADA HAJIJI

SEPATUTNYA semua pihak berlapang dada, dan perlu menghentikan mempersoal keabsahan sokongan pada Datuk Seri Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri.

Dua keadaan membuktikan keabsahan sokongan, pertama pada Sidang Khas Dun Sabah yang diadakan pada 10 Januari 2023 yang meluluskan 2 RUU yang dibentangkan sendiri oleh Ketua Menteri tersebut.

Pada sidang yang dihadiri 44 ADUN tanpa kehadiran seorangpun daripada 35 ADUN yang berkomplot menumbangkan kerajaan, RUU yang dibentang disokong oleh semua ADUN yang hadir. Maknanya sokongan tersebut mewakili 56% daripada 79 ADUN. Sokongan dalam semasa sidang DUN adalah manifestasi sokongan tertinggi berkaitan keabsahan.

Keadaan kedua, apabila TYT memberi pesetujuan berkaitan rombakan kabinet negeri dan diteruskan dengan majlis angkat sumpah. Tidak mungkin TYT memberi restu pada Ketua Menteri atau kerajaan yang tiada sokongan majoriti.

Masa sekarang adalah masa bekerja. Kepada para ADUN yang membangkang, berperanan lah sebagai ADUN semak dan imbang untuk kesuburan demokrasi.

Mereka yang mempunyai jawatan dalam kerajaan pula, berkhdimat lah sebaik mungkin untuk membela rakyat. Berusaha lah menyelesaikan isu-isu yang dihadapi rakyat, terutama berkaitan keperluan asas rakyat, yang terkesan dengan inflasi yang berakibat kenaikan kos sara hidup.

No comments:

Post a Comment