Tuesday, January 10, 2023

DALANG TUMBANGKAN KERAJAAN SABAH PERLU BERSARA

KESTABILAN politik Sabah selepas PRN-16 Sabah, telah memberi ruang pada kerajaan memulihkan ekonomi negeri daripada kesan Pandemik Covid-19.

Pencapaian kerajaan bukan sahaja dapat meningkatkan kutipan hasil, tahun 2022 mencatit rekod RM6.6 bilion, juga pelaburan dalam negeri yang mencecah RM33 bilion pencapaian luarbiasa.

Selain itu komitmen dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) semakin terserlah, apabila Putrajaya akur dengan permintaan Sabah dan Sarawak.

Dalam keadaan merancaknya aktiviti perekonomian negeri, mereka yang sebahagian daripada kerajaan berkomplot pula dengan Parti Warisan dan parti KDM menumbangkan kerajaan, semata-mata mahu jawatan Ketua Menteri dan Menteri Kewangan.

Tahniah pada 5 ADUN Umno yang terbaca muslihat disebalik menumbangkan kerajaan negeri yang diterajui Datuk Seri Hajiji Haji Noor, dan kemudiannya mendapat sokongan daripada 7 ADUN Pakatan Harapan (PH).

Ada lah jelas sekali, tujuan menumbangkan Kerajaan Negeri, bukan untuk tujuan menyelamatkan negeri dan rakyat, akan tetapi hanya kuasa untuk kepentingan peribadi.

Untuk tujuan kepentingan rakyat, selepas sahaja PRN-16 Sabah, GRS-BN telah membentuk kerajaan sesuai dengan mandat rakyat. Jika ada penjajaran lain, maka ianya bukan aspirasi rakyat.

Oleh kerana 7 ADUN PH menerima hakikat, bahawa rakyat Sabah mahukan Hajiji menerajui keraajaan negeri, maka mereka tampil menyokong, apabila cuba ditumbangkan. Demikian juga 5 ADUN Umno bertindak sama.

Bagi hemat penulis, walaupun dalam politik itu penuh dengan kemungkinan, akan tetapi mereka yang mendalangi menumbangkan kerajaan negeri adalah para pemimpin veteran/otai dalam politik Sabah sepatutnya tidak berlaku.

Apabila pemimpin kanan gagal, ertinya kredibilti dan integriti mereka wajar dipersoal, dan dinasihatkan perlu bersara dari politik, kerana kehadiran mereka hanya menimbulkan huru hara dan ketidak stabilan.

Bayangkan dalam suasana kerajaan sedang rancak, mengatur berbagai langkah untuk memajukan negeri, selain prihatin pada masalah yang dihadapi rakyat terutama kesan inflasi dan kos sara hidup,mereka cuba menghura harakan kerajaan. Bukan sedikit masa terbuang sejak komplot mereka bermula, sehinggakan Perdana Menteri pun, terpaksa datang untuk memberi nasihat dan “cool-down” keadaan.

Penulis paham, politik itu “endless” ertinya mereka yang memilih politik tidak akan berhenti berpolitik, apa tah lagi dengan satu kegagalan.

Ada lah dilihat sehingga tamat penggal ke-16 DUN Sabah, gerakan menimbulkan ketidak stabilan akan terus berlaku, walaupun terwujudnya ‘KERAJAAN PERPADUAN”, kerana mengambil iktibar pada tindakan Timbalan Ketua Menteri, 2 menteri, seorang pengerusi backbencer kerajaan yang disokong pembantu-pembantu menteri dan pengerusi syarikat-syarikat berkait kerajaan juga sanggup berkomplot menumbangkan kerajaan.

No comments:

Post a Comment