Tuesday, January 10, 2023

BUNG SUDAH BINA DINDING PEMISAH: HALANGAN REKONSILIASI DENGAN HAJIJI

APABILA seorang Timbalan Ketua Menteri bertindak berkomplot dengan parti lawan untuk menumbangkan kerajaan sendiri, dengan sendirinya telah membina dinding pemisah dengan kerajaan, apa tah lagi menarik sokongan dengan maksud Ketua Menteri hilang sokongan majoriti mudah.

Kerana tindakan menumbangkan kerajaan sendiri, adalah noda yang menghalang rekonsiliasi, kerana jika pun berlaku bermaaf-maafan, parut tetap berbekas, lagi pun kecurigaan akan sentiasa terperuk di dada yang dikhianti. Dalam keadaan demikian, perjalanan pentabiran walaupun dilihat berfungsi, akan tetapi tidak efektif.

Tidak terbayangkan kerana menggunapakai rekonsiliasi, membenarkan “musuh” tinggal dalam rumah, entah-entah dikala sedang nyenak tidur, pisau belati bertapak di leher.

Keputusan betul, jikapun pihak berkomplot menyedari kesilapan dan mahu berbaik-baik, cukup lah sekadar penyokong, bukan sebahagian daripada kerajaan. Sebagai penyokong, kerajaan akan terus menyalur peruntukan kerana mereka juga wakil rakyat yang perlu menyantuni rakyat di kawasan masing-masing.

Hakikatnya sebuah kerajaan sudah cukup kukuh apabila mempunyai sokongan majoriti mudah. Sokongan 2/3 hanya diperlukan jika hanya jika mengubah perlembagaan.

Ekoran komplot menumbangkan Ketua Menteri Sabah, yang gagal, telah mengubah kedudukan masing-masing di DUN Sabah, ada yang berpindah di blok kerajaan dan dari blok kerajaan ke blok pembangkang.

Pada asasnya, di DUN Sabah tiada blok pembangkang jika mengambil kira sokongan masing-masing pada Kerajaan Persekutuan. Akan tetapi di Sabah, sudah ada duluan sebelum ini, semasa era Kerajaan Berjaya, Parti Berjaya dan Parti USNO berlawanan di peringkat negeri, akan tetapi sama-sama sepasukan di Peringkat Persekutuan, demikian juga era kerajaan PBS, PBS- dan USNO saling berlawanan di peringkat negeri akan tetapi sepasukan di peringkat pusat.

Melihat senario di Sabah, bukan suatu luar biasa, jika parti-parti yang sepasukkan di peringkat Pusat akan tetapi berlawanan di peringkat negeri. Hanya pada senario terkini, keadaan yang berkaitan Umno, kerana ada ADUN yang bertindak sebagai pembangkang, ada ADUN parti itu penyokong kerajaan.

No comments:

Post a Comment