Sunday, January 08, 2023

BERIKUT SENARAI ADUN SABAH SOKONG/TOLAK DATUK SERI HAJIJI SEBAGAI KETUA MENTERI

BERPANDUKAN  pada berbagai spekulasi, ulasan, kenyataan-kenyataan akhbar, selain ulasan menerusi rakaman video, laporan-laporan akhbar berikut adalah kompoisi ADUN Sabah yang menyokong dan menolak Datuk Seri Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

Daripada 79 ADUN, termasuk 6 ADUN lantikan, Hajiji menerima sokongan 44, manakala yang menolak 35. Jumlah 44 ADUN melebihi 50% ADUN (56%), ertinya kedudukan Ketua Menteri itu masih kukuh.

Oleh kerana sebahagian ADUN yang menolak tersebut ada yang berjawatan menteri, pembantu menteri, maka demi kelancaran pentadbiran/pemerintahan, agar kerajaan berfungsi dengan baik, maka Ketua Menteri perlu merombak kabinet.

Perlantikan menteri, pembantu menteri adalah WEWENANG  Ketua Menteri, walaupun atas prinsip hormat perlu juga berbincang dengan Perdana Menteri.

Dalam perkembangan terkini, apa pun alasan atau adanya tindakan pusingan U, anggota pentadbiraan negeri tidak wajar disertai oleh mereka yang menolak kepimpinan Hajiji, kerana jika ianya diteruskan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan pada perjalanan pentadbiran negeri.

Pergolakan politik negeri sepatutnya tidak berlaku, kerana telah berfungsi dengan baik selepas PRN-16 Sabah, selain stabil.

Hanya mereka yang bertindak menyebabkan pergolakan tahu alasan mereka, kerana jika berpandukan pada alasan/dakwaan pihak yang menyebabkan pergolakan, secara umum hanya berbentuk persepsi/anggapan, tidak membawa sebarang mudarat pada pemerintahan negeri.

Apa pun kejadiannya, sama-sama kita tunggu apa yang akan berlaku dalam tempoh 24 jam daripada sekarang, termasuk apa kah SIDANG KHAS DUN SABAH pada 10 Januari diteruskan.




No comments:

Post a Comment