Tuesday, December 20, 2022

UNDI PERCAYA ITU PERLU- UNTUK MEMBUKTIKAN KERAJAAN STABIL

KESTABILAN politik antara faktor yang boleh menarik dan memacu pelabur asing, atas sebab itu walaupun kerajaan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan 2/3 di luar parlimen, akan tetapi untuk merungkai keraguan daripada pihak pembangkang dan mungkin rakyat maka ianya perlu dibuktikan dalam parlimen.

keraguan terhadap sokongan, bukannya tidak yakin pada penelitian YDP Agong semasa memberi perkenaan perlantikan PM-10, akan tetapi duluan sebelum ini, seperti mana berlaku pada era PM-8 telah berlaku perubahan sokongan walaupun sokongan tersebut sebelumnya adalah asas perkenanan YDP Agong.

Selain itu, pihak yang membangkang kerajaan, kerap sekali mencabar keabsahan kerajaan, sehingga menimbulkan ketidak ketentuan berkaitan kestabilan politik atau kerajaan, kerana itu, berkesan pada keputusan pelabur masuk ke dalam negara.

Penulis tidak bermaksud memperinci jumlah pelaburan ke dalam negara, tetapi hanya memberi gambaran secara secara umum seperti mana disebutkan oleh setengah ahli parlimen semasa sidang pertama Penggal Parlimen ke-15, bahawa pelaburan asing ke Malaysia, sangat rendah berbanding negara-negara jiran, seperti Indonesia, Filipina mahupun Vietnam, sejak tahun 2018, kerana dikatakan kestabilan politik adalah faktornya. Kerana faktor tersebut, maka kerajaan hari ini bertindak proaktif merungkai anggapan tersebut, untuk menoktahkan ketidak raguan agar keyakinan tinggi pada kerajaan berterusan memerintah sehingga tamat penggal.

Selain itu, isu-isu terkait ada MP bakal kehilangan kerusi kerana persoalan tafsiran berkaitan antilompat parti juga terungkai, apabila turut dijelaskan dalam parlimen, semasa USUL PERCAYA. Menerusi penjelasan tersebut, maka menutup semua cakap-cakap mengenainya, dan pada gilirannya wakil rakyat terbabit boleh meneruskan perkhidmatan pada rakyat tanpa gangguan dan rasa was-was.

Banyak pengajaran pada kita semua semasa perbahasan terkait USUL PERCAYA, sehinggakan pihak pembangkang tidak bersedia mengambil bahagian, sehinggakan USUL PERCAYA diluluskan hanya menggunakan suara menyokong.

Apapun alasan yang diberikan, semua pihak kena menerima hakikat bahawa kerajaan off the day mempunyai sokongan 2/3, apabila ianya dibukti menerusi undian pemilihan Timbalan Speaker, apabila calon kerajaan mendapat undi 148 daripada 222. Sebelum itu, calon kerajaan bagi jawatan Speaker mendapat undi 147, kurang satu undi, kerana salah seorang ahli parlimen penyokong kerajaan tidak dapat hadir tepat masa semasa proses pengundian, kerana faktor kesihatan.

Penulis yakin, rakyat negara ini bersetuju memberi ruang dan peluang pada kerajaan off the day menamatkan pemerintahan sepenggal mereka, sebelum mengadilinya semula pada PRU akan datang.

No comments:

Post a Comment