Saturday, December 17, 2022

TUNGGU LAH PRN-17 NEGERI UNTUK MINTA MANDAT

BERLAKU sahaja kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pasca PRU-15, diapungkan berbagai cakap-cakap dan spekulasi berkaitan kedudukan Kerajaan Negeri yang diterajui GRS-BN.

Pengapungan cakap-cakap/spekulasi, kerana memang politik Sabah itu demikian ragamnya, selain rencam, juga boleh berubah-ubah mengikut keadaan.

Dalam isu kerajaan GRS-BN, pihak yang cuba menimbulkan ketidak stabilan adalah penyokong Parti Warisan, kerana parti itu bersandar pada 19 ADUN yang dimiliki, boleh membentuk kerajaan jika bergabung dengan BN 17 kerusi dan PH 7 kerusi.

Gerakan Parti Warisan bukan baharu, kerana teruja apabila berjaya memancing ADUN BN pada PRU-14, yang membolehkan parti itu membentuk kerajaan. Gerakan sama dilakukan parti itu semasa PRN-16 Sabah, apabila mensasarkan PBS, akan tetapi usaha itu gagal.

Kali ini, parti itu mengambil kesempatan, apabila BN dan PH bekerjasama membentuk Kerajaan Persekutuan, yang juga disokong parti itu. Tindakan parti itu, memberi alternatif pada BN dan PH, parti mana yang disokong, walaupun pada masa ini, BN bersama GRS, dan PH telah awal-awal lagi memberi sokongan pada Kerajaan Negeri, malah memohon untuk dilibatkan dalam kerajaan.

Hasrat parti Warisan memang jelas, kerana setakat ini belum membuat sebarang kenyataan menyokong kerajaan negeri.

Parti Warisan nampaknya “ignore” kenyataan berulang kali, Pengerusi BN Sabah yang juga Timbalan Ketua Menteri I Sabah- Datuk Bung Moktar Radin, bahawa kerajaan GRS-BN kekal “intake” sehingga akhir penggal, akan tetapi tidak meredakan spekulasi yang mengundang ketidak tentuan.

Nampaknya, gerakan untuk mengoncangkan kerajaan negeri tidak akan berhenti, sehingga lah tamat penggal DUN ke-16 Sabah.

Apa kah gerakan ini berjaya atau tidak semunya bergantung pada komitmen para ADUN yang sedang menyokong kerajaan yang diterajui Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Mereka yang bertindak mengadakan berbagai spekulasi, hanya semata-mata menggagalkan visi Sabah Maju Jaya tidak terealisasi menjelang tahun 2025, supaya ianya boleh dijadikan modal politik pada PRN-17 Sabah.

Di atas kertas, DUN Sabah, tiada pembangkang, kerana semua parti telah bersetuju menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui Kerajaan Pusat, walaupun setakat ini, hanya ADUN Parti Warisan tidak membuat kenyataan menyokong kerajaan negeri.

Politik Sabah, berlawanan di peringkat negeri dan bersekutu di peringkat Persekutuan bukannya baharu, kerana pernah berlaku di era kerajaan Berjaya dan PBS, akan tetapi bersekutu di Peringkat negeri pada masa sama berlawanan di peringkat Persekutuan, belum pernah berlaku.

No comments:

Post a Comment