Wednesday, December 21, 2022

SABAH DIBERI KUASA KAWAL SELIA GAS PETRONAS

PUTRAJAYA menyerahkan kuasa kawal selia bekalan gas daripada Petronas kepada kerajaan Sabah, apabila jemaah menteri memperakuinya menerusi mesyuarat kabinet Persekutuan pada Rabu; pelaksanaannya selepas terima izin Agong.

Tetapi penulis difahamkan kuasa itu hanya daripada “landing station” sahaja ke pengguna domestik, sementara sumber gas ke landing station masih tertakluk pada PDA tahun 1974. Ertinya, kuasa kawal selia itu hanya berkaitan perkhidmatan termasuk penentuan harga dan mungkin perjanjian-perjanjian berkaitan produk tersebut, di pindahkan kepada Kerajaan Sabah, kerana sebelum itu ditentukan Putrajaya.

Penulis belum mendapat gambaran sepenuhnya, pengertian domestik, apa kah hanya melibatkan Sabah sahaja atau seluruh negara. Jika melibatkan Sabah sahaja, maka, kesannya tidak lah begitu besar, daripada segi peluang-peluang, kerana penguna domestik tidak lah begitu tinggi. Akan tetapi, mungkin daripada segi harga, kerajaan negeri boleh menentap harga yang lebih rendah dengan mengambilkira pendapatan perkapita Sabah atau taburan pengguna yang masih ramai berpendapatan rendah.

Akan tetapi menerusi pengambil alihan ini, kerajaan negeri akan mendapat tambahan Kutipan Cukai Jualan (CJN) dan cukai perkhidmatan lain yang mana sebelum ini dikutip Petronas.

Penyerahan kuasa kawal selia gas oleh Petronas , setidak-tidaknya, sokongan parti-parti dan pemimpin Sabah kepada kerajaan Persekutuan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim berbaloi, selain, kudo perlu diberikan pada Menteri yang bertanggungjawab Hal Ehwal Sabah & Sarawak dipandu Timbalan Perdana Menteri ke-II yang menjadi fasilitator mengenai kejayaan ini.

No comments:

Post a Comment