Monday, December 05, 2022

PELAKSANAN MA63 KEUTAMAAN RAKYAT SABAH

RAMAI anggota kabinet daripada Sabah, bukan kretiria pelakasanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), akan tetapi pada komitmen Kerajaan Persekutuan.

Mana-mana wakil daripada Sabah boleh bersuara di Parlimen, jika MA63 tidak dilaksanakan.

Pada hakikatnya, perlaksaaan MA63, sangat bergantung pada sokongan wakil-wakil rakyat Sabah pada kerajaan, kerana menerusi sokongan itu, maka terbentuk lah kerajaan. Balasan yang diinginkan, bukannya jawatan, akan skop yang lebih besar, iaitu MA63.

Kita kena belajar, bahawa kecil itu indah, kena belajar pada fungsi katalis, walaupun sedikit, akan tetapi memberi kesan luar biasa besarnya.

Penulis yakin, menerusi dua anggota kabinet daripada Sabah, dua-duanya orang muda, dan mengerti sangat pri mustahaknya MA63, maka boleh menjadi orang pertama di hadapan untuk memastikan kerajaan Persekutuan melaksanakan MA63.

Pelaksanaan MA63 dipermudah, kerana salah seorang Timbalan Perdana Menteri, adalah sebahagian yang sangat memerlukan perlaksanaan MA63.

Premier Sarawak pernah berkata sebelum pembentukan kabinet Datuk Seri Anwar Ibrahim, keutamaan GPS, bukan pada jawatan, akan tetapi pelaksanaan MA63, itu lah syarat utama gabungan tersebut pada Kerajaan hari ini. Demikian juga di Sabah, sokongan GRS seperti mana hasrat Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi gabungan tersebut, adalah untuk memastikan kemajuan Sabah dan rakyatnya terutama pelaksanaan MA63.

No comments:

Post a Comment