Sunday, December 04, 2022

KERAJAAN CAMPURAN- MASING-MASING PARTI KENA SALING MELENGKAPI

NASIB baik Langkah Sheraton berlaku lebih awal, punca terbentuknya kerajaan campuran, dan kerananya, rakyat tidak terkejut, selepas PRU-15, sekali lagi terbentuknya kerajaan campuran.

Menerusi langkah sheraton, rata-rata rakyat tidak terlintas pada fikiran mereka, parti-parti yang dilihat bagaikan minyak dan air, bekerjasama membentuk kerajaan Perikatan Nasional dan kemudiannya disusuli kerajaan Keluarga Malaysia.

Kini, dengan metodologi yang sama terbentuknya kerajaan campuran yang dipanggil Kerajaan Perpaduan, tetapi berbeza sedikit keadahnya, kerana kerajaan campuran yang terbaharu ini tidak melibatkan pengkhianatan, akan tetapi, menerusi “willing seller willing buyer” atau suka sama suka.

Menubuhkan kerajaan campuran, parti-parti yang mahu “bercampur” pada prinsipnya perlu saling melengkapi, perlu give and take, tiada syarat teriring, maka berlaku lah kerajaan seperti itu.

Pakatan Harapan (PH) yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim, rata-rata pemimpin parti yang menyokong beliau, “tidak meletakkan” syarat, janji “Anwar jadi Perdana Menteri”, sebab itu semasa perundingan dengan Barisan Nasional (BN), suatu keputusan “diluar jangkaan” mereka, semua pihak akur, dipihak BN pula, walaupun pada awalnya agak “kecoh” kerana sebahagian MP daripada Umno (salah satu komponen parti BN) terpaut dengan keputusan parti mereka No Anwar No DAP No bersatu, tetapi akhirnya “akur” walaupun secara individu “berkecuali” menamakan calon Perdana Menteri ke-10.

Manakala parti Blok Borneo, Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang pada awalnya berpendirian, akan menyokong mana-mana blok parti yang boleh menubuhkan kerajaan, terperangkap dengan “utusan’ daripada BN, sehinggakan blok parti borneo tersebut mengumumkan lebih awal menyokong kerajaan PN-BN-GPS-GRS sekali gus menamakan Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri ke-10.

Kemungkinan “syarat” teriring terutama berkaitan MP BN, yang telah menyebabkan 10 MP parti itu menarik semula sokongan mereka, maka terlepas lah kerajaan campuran option pertama tersebut, dan option kedua yang menjadi kenyataan, dan telah menjadi kerajaan pada hari ini.

Prinsip kerajaan campuran kena difahami oleh semua pihak, kesan parlimen tergantung. Ertinya, mesti ada kerjasama antara parti-parti yang sanggup give n take, tanpa itu, kerajaan campuran tidak akan terealisasi. Keadaan tiada kesanggupan give n take di pihak PN, maka penyebab utama, Tan Sri Muhiyiddin tidak mendapat angka mencukupi untuk dinamakan sebagai calon PM-10.

Option telah diberikan pada PN oleh YDP Agong, dengan menyertai Kerajaan Perpaduan, akan tetapi option tersebut tidak dipersetujui secara terbuka, maka peluang ini dipergunakan parti Umno, menyokong kerajaan Perpaduan, asalkan bukan dengan PN.

Semua pihak tahu, keputusan PRU-15, kerjasama PH-BN, mencapai majoriti mudah, manakala PN-GPS-GRS, walaupun dicampur dengan parti-parti kecil lain termasuk bebas, tidak mempunyai jumlah yang mencukupi mencapai angka keramat 112.

No comments:

Post a Comment