Friday, November 25, 2022

TIBA MASANYA "MOVE ON"- PEMIMPIN PAS

MENURUT beberapa pemimpin parti Pas, Tan Sri Muhiyiddin Yassin Pengerusi Perikatan Nasional (PN) telah berusaha mendapatkan sokongan untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan, akan tetapi gagal, dan sebaliknya Pakatan Harapan (PH) yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjaya, dan seterusnya dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 untuk menerajui Kerajaan Perpaduan antara PH, BN, GPS, GRS, Warisan dan parti-parti kecil lain serta bebas.

Parti Pas bersama PN, kena "Move on" dan kena melalui hari mendatang yang tidak tidak pasti, kerana ianya ianya bergantung pada ketentuan Allah SWT.

Sementara itu, PN akan kekal sebagai pembangkang yang berwibawa di parlimen, untuk memastikan semak dan imbang dan penyuburan demokrasi.

PN akan merintis kerjasama dalam bentuk lain dengan kerajaan, untuk memastikan kestabilan dan kesejahteraan rakyat.

Refendum pada Kerajaan Perpaduan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan terlihat pada pilihan raya bagi negeri-negeri- Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Menerusi pilihan raya itu, apa kah Umno khususnya mendapat manfaat menyokong PH menerusi Kerajaan Perpaduan, atau sebaliknya.

Pengundi kaum melayu khususnya, akan memberi manifestasi sokongan, samada pada calon-calon Kerajaan Perpaduan atau kah pada PN?

Jika pengundi melayu masih dengan trend PRU-15, yang berkeputusan Umno kosong di Melaka, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu, maka dengan sendirinya menjawab, bahawa sokongan parti itu pada PH tidak signifikan, malah menjurus kepada kemusnahan parti itu.

No comments:

Post a Comment