Tuesday, November 29, 2022

SEKECIL MANA KABINET DATUK SERI ANWAR IBRAHIM?

SEMUA rakyat negara ini menanti, sekecil mana kabinet Perdana Menteri ke-10, yang mengunapakai tag baharu KERAJAAN PERPADUAN.

Penulis yakin mereka yang terdaftar sebagai pengundi pada PRU-15, tahu Pakatan Harapan (PH) tidak akan menjadi kerajaan tanpa sokongan parti Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan beberapa parti kecil lain termasuk bebas.

Setakat ini, belum ada bayangan siapa yang masuk, siapa tercicir, kerana sebagai kerajaan perpaduan, sebelum pengumuman barisan anggota kabinet, maka perlu perundingan serius antara parti-parti.

Sebelum pengumuman barisan anggota kabinet, semua wakil rakyat yang menyokong kerajaan mempunyai peluang yang sama dinamakan sebagai anggota, termasuk mereka yang termasuk dalam kluster mahkamah.

Ada dua wakli rakyat dan pemimpin utama daripada parti yang menyokong kerajaan perpaduan, iaitu Lim Guan Eng daripada DAP dan Datuk Ahmad Zahid Hamidi daripada Umno termasuk dalam kluster mahkamah.

Jika benar apa yang dikatakan Datuk Seri Anwar seperti mana tular di berbagai platform media, bahawa mereka yang dalam kategori kluster mahkamah, boleh menyertai kabinet, selagi mahkamah belum menjatuhkan hukuman.

Di atas kertas, dan seperti mana kelaziman mana-mana kerajaan, mereka yang dilantik menganggotai kabinet adalah terdiri daripada para pemimpin kanan sesebuah parti, akan tetapi, TIADA yang dapat menduga atau meramal, kerana Perdana Menteri ke-10 yang terpaksa menunggu majlis angkat sumpah jawatan selama 24 tahun, kemungkinan mempunyai pendekatan tersendiri.

No comments:

Post a Comment