Saturday, November 12, 2022

MUSA TURUN BERKEMPEN BANTU CALON GRS-BN

AHLI politik bagaimanapun berehatnya, pasti terpanggil menyertai aktiviti politik, seperti pilihan raya.

Tan Sri Musa Aman (kanan Datuk Rahman) turun berkempen di Parlimen Kota Belud, selain membantu calon GRS-BN di parlimen tersebut, akan tetapi menghantar mesej pada rakyat Sabah, untuk menyokong calon-calon parti itu.

GRS-BN bertembung berbagai penjuru dengan Parti Warisan, Pakatan Harapan dan parti—parti kecil, selain calon-calon bebas.

Bagi parlimen Kota Belud, hanya berlaku pertembungan tiga penjuru, yang membabitkan penyandang kerusi parlimen tersebut daripada parti Warisan, selain GRS-BN yang diwakili Datuk Rahman Dahalan dan calon daripada Pakatan Harapan.

Kehadiran Musa di Kota Belud, bukan sahaja merungkai kecelaruan ramai pengundi di kawasan tersebut berkaitan calon GRS-BN, akan tetapi memberi tahu pengundi parlimen tersebut, bahawa calon GRS-BN adalah “Timbalan Perdana Menteri material”.

Sejak tahun 2018, pada kali ini lah, mantan Ketua Menteri terlama Sabah tersebut turun berkempen di Kota belud.

Di lihat pada sambutan dan reaksi pengundi parlimen tersebut, pada PRU kali ini, parlimen Kota Belud akan kembali semula ke pangkuan Barisan Nasional (BN), selain impak para pemimpin yang turut berkempen, juga kesan kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Pengundi melihat calon GRS-BN adalah calon kerajaan negeri, iaitu kerajaan GRS-BN.

No comments:

Post a Comment