Tuesday, November 29, 2022

DANA DISATUKAN NEGERI SABAH TAHUN 2021 BERJUMLAH RM3.431 BILION NAIK 16.5 PERATUS

TANDA-TANDA perolehan kerajaan positif atau berlebihan apabila dana disatukan menaik.

Untuk tahun 2020 dana disatukan bagi negeri Sabah berjumlah RM2.947 bilion, dan tahun 2021 berjumlah RM3.431 bilion, kenaikkan RM484.8 juta atau 16.5 peratus.

Dana disatukan sepatutnya melepasi angka RM4bilion, jika tidak kerana kutipan hasil yang negatif pada tahun 2020, yang berjumlah RM 934.63 juta, kesinambungan menjunamnya perekonomian negeri antara tahun 2018-2020.

Dana disatukan dijangka akan terus meningkat, dan akan melepasi angka RM4bilion sebelum berakhirnya penggal kerajaan Sabah Maju Jaya, pada tahun 2025.

Perekonomian Sabah memburuk selama 27 bulan selepas pergantian Kerajaan Negeri, kerana perubahan polisi yang tidak kondusif pada aktiviti perekonomian.

Apabila kerajaan GRS-BN menerajui kerajaan pada akhir September 2020 selepas diberi mandat oleh rakyat Sabah, maka secara gradually, kutipan hasil meningkat, demikian juga dana disatukan terus bertambah.

Kerajaan Sabah, bermula tahun ini terus konsisten membentangkan bajet besar dan untuk tahun 2023 berjumlah RM5.138 bilion, dengan anggaran kutipan hasil sebanyak RM5.268 bilion.

Walaupun berhadapan dengan senario politik tanah air yang tidak menentu, selain perekonomian global yang terkesan Pandemik Covid-19 dan perang Ukrine Russia, pertumbuhan ekonomi Sabah kekal stabil, terutama sektor pelancongan dan minyak dan Gas serta peladangan.

Kerajaan GRS-BN yang diterajuai Datuk Hajiji Haji Noor. walaupun berhadapan dengan senario politik yang sama sekali baharu, ekoran keputusan PRU-15, akan tetapi tindakan cepat Ketua Menteri tersebut, yang mengutamakan rakyat dan negeri, melakukan gerakan politik yang mendokong kestabilan.

Gerakan politik tersebut, semata-mata untuk menjamin visi SABAH MAJU JAYA tidak terganggu untuk direalisasikan apabila berakhir pada tahun 2025.

No comments:

Post a Comment